Mikha 1:16 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)
16 Hai penduduk Yehuda, guntinglah rambut kamu sebagai tanda berkabung untuk anak-anak yang kamu kasihi. Cukurlah kepala kamu sampai botak sama sekali, kerana anak-anak kamu akan dibuang negeri.
16 Gondolkanlah kepalamu dan cukurlah rambutmu kerana para anak kesayanganmu. Jadikanlah kepalamu gondol seperti burung nasar, kerana mereka harus pergi daripadamu ke dalam pembuangan.
16 Hai penduduk Yehuda, guntinglah rambut kamu sebagai tanda berkabung untuk anak-anak yang kamu kasihi. Cukurlah kepala kamu sampai botak sama sekali, kerana anak-anak kamu akan dibuang negeri.
iaitu pada tahun kesembilan pemerintahan Raja Hosea, raja Asyur mengalahkan Samaria. Baginda membawa orang Israel ke Asyur sebagai orang tawanan. Baginda menempatkan sebilangan daripada orang Israel di kota Halah, sebilangan di tepi Sungai Habor di daerah Gozan, dan sebilangan lagi di kota-kota negeri Madai.
Penduduk Dibon mendaki bukit untuk menangis di tempat penyembahan dewa. Penduduk Moab meratapi kota Nebo dan Medeba. Mereka telah mencukur rambut dan janggut sebagai tanda berduka.
Orang kaya dan orang miskin di negeri ini akan mati, tetapi tiada sesiapa pun akan meratapi atau menguburkan mereka. Tiada seorang pun akan melukakan tubuh atau mencukur rambut kepala sebagai tanda berkabung untuk mereka.
TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Pakailah kain guni dan berguling-gulinglah dalam abu. Berkabunglah dan merataplah dengan pedih seperti orang meratapi kematian anak lelaki yang tunggal, kerana pembinasa akan menyerang kamu dengan tiba-tiba.”
TUHAN berfirman, “Hai penduduk Yerusalem, merataplah; potonglah dan buanglah rambut kamu. Nyanyikanlah lagu perkabungan di atas puncak perbukitan, kerana Aku, TUHAN sedang murka dan telah menolak kamu semua.
Bangunlah berkali-kali sepanjang malam, dan berserulah kepada Tuhan; curahkanlah isi hatimu dan mohonlah belas kasihan untuk anak-anakmu, anak-anak yang sedang kelaparan di tiap-tiap simpang jalan.
demikianlah firman TUHAN, ‘Isterimu akan menjadi pelacur di jalan-jalan kota dan anak-anakmu dibunuh dalam peperangan. Tanahmu akan dibahagi-bahagi dan diberikan kepada orang lain; engkau sendiri akan meninggal di negeri orang yang tidak mengenal Allah. Penduduk Israel pasti akan dibawa ke pembuangan, jauh dari negeri mereka sendiri.’ ”
Perayaan kamu akan Kujadikan perkabungan, dan nyanyian gembira kamu Kujadikan ratapan. Aku akan menyebabkan kamu mencukur rambut sebagai tanda sedih, dan memakai kain guni. Kamu akan menjadi seperti ibu bapa yang meratapi kematian anak lelaki tunggal. Hari itu akan berakhir dengan penuh kesedihan.