Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:14 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Sekarang hai penduduk Yehuda, ucapkanlah selamat tinggal kepada kota Moresyet-Gat. Raja-raja Israel tidak akan mendapat pertolongan dari kota Akhzib.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

14 Oleh sebab itu berikanlah hadiah perpisahan kepada Moresyet-Gat. Bani Akhzib akan menjadi tipu daya atas para raja Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Sekarang hai penduduk Yehuda, ucapkanlah selamat tinggal kepada kota Moresyet-Gat. Raja-raja Israel tidak akan mendapat pertolongan dari kota Akhzib.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:14
10 Iomraidhean Croise  

Kemudian Raja Daud mengalahkan orang Moab. Baginda menyuruh orang tawanannya berbaring di atas tanah, lalu baginda membunuh dua orang daripada tiap-tiap tiga orang. Oleh itu orang Moab takluk kepada Raja Daud dan membayar ufti kepadanya.


Raja Ahas mengambil perak dan emas dari Rumah TUHAN dan perbendaharaan istana, lalu memberikan semuanya kepada raja Pul sebagai hadiah.


Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa. Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya, kerana Dialah penaung kita.


Demikianlah perkhabaran Allah tentang binatang di gurun sebelah selatan, “Duta-duta berjalan melalui negeri yang berbahaya, yang didiami oleh singa, ular berbisa, dan naga yang boleh terbang. Mereka memuati keldai dan unta dengan hadiah yang mahal-mahal untuk bangsa yang tidak dapat menolong mereka.


Mengapa aku terus saja menderita? Mengapa lukaku parah dan tidak sembuh-sembuh? Adakah Engkau bermaksud mengecewakan aku seperti sungai yang mengering pada musim panas?”


Kehila, Akhzib, dan Maresa; semuanya sembilan buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan