Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 1:13 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Hai penduduk Lakhis, pasanglah kuda pada kereta kuda. Dengan meniru dosa orang di Israel, kamu menyebabkan orang di Yerusalem berdosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

13 Pasanglah segala rata pada kuda-kuda teji, wahai penduduk Lakhis. Kota inilah mulanya dosa bagi puteri Sion, kerana pelanggaran Israel didapati di dalamnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Hai penduduk Lakhis, pasanglah kuda pada kereta kuda. Dengan meniru dosa orang di Israel, kamu menyebabkan orang di Yerusalem berdosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 1:13
27 Iomraidhean Croise  

Selepas itu satu daripada malaikat itu berkata, “Larilah, selamatkanlah diri kamu! Jangan menoleh, dan jangan berhenti di lembah. Larilah ke pergunungan supaya kamu tidak terbunuh!”


TUHAN akan meninggalkan Israel, kerana Raja Yerobeam telah berdosa dan menyebabkan umat Israel berdosa.”


Tidak cukup baginya untuk berdosa seperti Raja Yerobeam. Raja Ahab melakukan yang lebih jahat lagi; baginda mengahwini Izebel, puteri Raja Etbaal dari Sidon, dan Raja Ahab juga menyembah Baal.


Tiap-tiap pegawai daerah juga menyediakan barli dan jerami untuk kuda tunggangan dan kuda yang menarik kereta kuda, di mana sahaja makanan haiwan diperlukan.


Beberapa orang di Yerusalem berkomplot untuk membunuh Raja Amazia. Oleh itu baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuh-musuhnya mengejar baginda ke sana dan membunuh baginda.


Tetapi raja Asyur mengirim satu pasukan tentera yang besar dari Lakhis untuk menyerang Raja Hizkia di Yerusalem. Pasukan itu diketuai oleh tiga orang pegawai tinggi tentera, iaitu seorang panglima, seorang juru minuman, dan seorang ketua pengawal raja. Apabila mereka tiba di Yerusalem, mereka mengambil tempat di jalan, tempat pembuat kain bekerja, dekat saluran yang menyalurkan air dari kolam di sebelah atas.


Isteri baginda ialah puteri Raja Ahab, dan seperti keluarga Raja Ahab, Raja Yehoram mengikut perbuatan jahat raja-raja Israel. Baginda berdosa terhadap TUHAN,


Beberapa lama kemudian, ketika Raja Sanherib dan tenteranya berada di kota Lakhis, baginda mengirim utusan untuk menyampaikan berita ini kepada Raja Hizkia dan penduduk Yehuda yang bersama-samanya di Yerusalem,


Dapatkah lembu liar diikat dan dipaksa membajak untukmu, atau digunakan untuk menggaru ladangmu?


Musa berkata kepada Harun, “Apakah yang telah dilakukan umat ini kepadamu sehingga engkau membiarkan mereka berdosa besar?”


Penduduk Madmena dan Gebim lari untuk menyelamatkan diri.


Selepas itu Raja Sanherib mengarah ketua pegawainya berangkat dari Lakhis dan pergi ke Yerusalem bersama dengan satu pasukan tentera yang besar untuk memaksa Raja Hizkia menyerah diri. Pegawai itu mengambil tempat di jalan, tempat pembuat kain bekerja, dekat saluran yang menyalurkan air dari kolam di sebelah atas.


Pegawai Asyur mendengar bahawa rajanya telah meninggalkan Lakhis dan sedang berperang dengan Libna, sebuah kota yang berdekatan. Oleh itu dia pergi ke sana hendak meminta nasihat.


Yehuda juga nampak bahawa Aku menceraikan Israel dan menghalaunya, kerana dia telah meninggalkan Aku dan menjadi pelacur. Tetapi Yehuda yang tidak setia, saudara Israel itu, tidak takut. Malah Yehuda ikut menjadi pelacur


pada masa tentera raja Babilonia menyerang kota Yerusalem. Tentera Babilonia juga menyerang Lakhis dan Aseka, dua buah kota berkubu yang masih bertahan di Yehuda.


Hiruk-pikuk pasukan berkuda dan pemanah, menyebabkan orang melarikan diri dari semua kota. Sesetengah orang lari ke hutan, yang lain memanjat bukit batu. Semua kota akan ditinggalkan, tiada orang yang mahu tinggal di situ.


Walaupun adiknya, Oholiba nampak hal itu, dia sendiri lebih bernafsu melakukan pelacuran daripada kakaknya.


Segala perkara itu akan berlaku kerana umat Israel sudah berdosa dan memberontak terhadap Allah. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap pemberontakan Israel? Samaria, ibu kotanya sendiri! Siapakah yang bertanggungjawab terhadap penyembahan berhala di Yehuda? Yerusalem!


Oleh itu Raja Adoni-Zedek mengirim pesan berikut kepada Raja Hoham dari Hebron, Raja Piream dari Yarmut, Raja Yafia dari Lakhis, dan Raja Debir dari Eglon,


Lakhis, Bozkat, Eglon,


Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Beberapa orang antara kamu mengikut ajaran Bileam. Dahulu Bileam mengajar Balak menjerumuskan umat Israel ke dalam dosa, dengan memujuk mereka makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala, dan dengan melakukan perbuatan cabul.


Tetapi Aku mencela kamu tentang hal ini: Kamu membenarkan Izebel, perempuan yang mengaku dirinya pesuruh Allah mengajar umat-Ku. Dengan ajarannya, dia menyesatkan hamba-hamba-Ku sehingga mereka melakukan perbuatan cabul dan makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan