Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 99:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Biarlah mereka memuji nama-Mu yang agung dan mengagumkan — Dia Maha Kudus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Setiap orang akan memuji nama-Nya yang agung dan mulia. Sucilah Dia!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 99:3
20 Iomraidhean Croise  

“Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.


Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”


Ya Allah, Allah kami yang besar! Allah yang berkuasa dan hebat! Dengan setia Engkau menepati segala perjanjian. Sejak raja-raja Asyur menindas kami, sampai sekarang penderitaan yang kami alami sangat berat. Para raja, pemimpin, imam, dan nabi kami, nenek moyang, dan segenap umat sudah menderita. Ingatlah, ya Allah, betapa sengsaranya kami.


Ibadat pada hari itu dimulakan oleh orang Lewi yang berikut: Yesua, Kadmiel, Bani, Hasabneya, Serebya, Hodia, Sebanya, dan Petahya. Mereka berkata, “Marilah berdiri dan memuji TUHAN, Allah kita; pujilah Dia selama-lamanya! Pujilah nama-Nya yang penuh kemuliaan, nama yang lebih agung daripada segala pujian!”


Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.


Mazmur Daud. Pujilah TUHAN, hai jiwaku! Pujilah nama-Nya yang suci, hai segenap batinku!


Dia menyelamatkan umat-Nya, dan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka. Dia suci dan perkasa!


TUHAN adil dalam segala tindakan-Nya, dan berbelas kasihan dalam semua perbuatan-Nya.


Berkatalah kepada Allah, “Sungguh menakjubkan segala perbuatan-Mu! Kuasa-Mu begitu besar sehingga musuh tunduk ketakutan di hadapan-Mu.


Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Asaf. Lagu.


Berilah TUHAN, Allahmu apa yang telah engkau janjikan; hendaklah semua bangsa yang berhampiran membawa persembahan kepada Dia yang patut ditakuti.


Makhluk-makhluk itu berseru satu sama lain, “Suci, suci, suci! Sucilah TUHAN Yang Maha Kuasa! Bumi penuh dengan hadirat-Nya yang mulia.”


Tetapi, Engkau, ya TUHAN, memihak aku; Engkau kuat dan perkasa. Mereka yang menganiaya aku akan jatuh dan tidak berdaya. Mereka akan dipermalukan selama-lamanya, kerana rancangan mereka tidak berjaya. Kehinaan mereka itu akan diingat selalu.


Sekarang Aku datang kepada-Mu. Aku tidak tinggal lagi di dunia, tetapi mereka masih di dunia. Ya Bapa yang suci, jagalah mereka dengan kekuasaan nama-Mu, nama yang sudah Engkau berikan kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu, seperti Engkau dan Aku juga satu.


Jika kamu tidak setia mentaati segala hukum Allah yang tertulis di dalam kitab ini, dan tidak menghormati TUHAN, Allah kamu yang agung dan menakjubkan,


Oleh itu, jangan takut akan bangsa-bangsa itu. TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; Dia Allah yang agung, dan yang harus ditakuti.


Kemudian Yosua berkata kepada umat itu, “Tetapi mungkin kamu tidak akan sanggup mengabdi kepada TUHAN. Dia Allah yang suci, dan Dia tidak akan mengampunkan dosa kamu. Dia tidak mahu ada saingan.


Setiap makhluk itu mempunyai enam buah sayap. Keempat-empat makhluk itu diliputi mata, bahkan bahagian bawah sayap. Siang malam makhluk-makhluk itu tidak henti-hentinya menyanyi, “Suci, suci, sucilah Tuhan, Allah Maha Kuasa, yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang.”


Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan