Mazmur 81:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin; mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Tiuplah nafiri ketika Bulan Baru, dan semasa bulan purnama, pada hari perayaan kita yang luhur; Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Mulakanlah muzik dan mainkanlah tamburin; mainkanlah lagu yang merdu dengan kecapi dan gambus. Faic an caibideil |
Untuk memimpin upacara-upacara ibadat, Raja Daud dan para pemimpin orang Lewi memilih puak-puak daripada suku Lewi yang berikut: Asaf, Heman, dan Yedutun. Mereka ditugaskan untuk menyampaikan perkhabaran daripada Allah dengan diiringi kecapi, gambus, dan simbal. Untuk memimpin ibadat dengan upacaranya, dipilih kumpulan-kumpulan yang berikut:
Beta hendak membina sebuah rumah ibadat untuk menghormati TUHAN, Allah beta. Rumah itu akan menjadi tempat yang suci, tempat rakyat dan beta sendiri menyembah TUHAN dengan membakar kemenyan yang harum; di sana beta dan rakyat beta akan sentiasa mempersembahkan roti yang suci dan juga korban untuk menyenangkan hati TUHAN pada tiap-tiap pagi dan petang, pada hari-hari Sabat, pada perayaan Bulan Baru, dan pada perayaan-perayaan lain. Beta dan rakyat beta hendak menghormati TUHAN, Allah kami. Dia telah memerintah umat Israel untuk berbuat demikian selama-lamanya.
Lihatlah, seorang utusan datang melalui gunung-gunung untuk menyampaikan berita baik. Dia datang untuk mengisytiharkan kemenangan! Hai penduduk Yehuda, rayakanlah perayaan-perayaan kamu dan tunaikanlah nazar yang kamu janjikan kepada Allah. Orang jahat tidak sekali-kali akan menyerang negeri kamu lagi. Mereka sudah dibinasakan sama sekali.
Sebagai korban untuk menyenangkan hati TUHAN, atau korban untuk memenuhi nazar, atau korban sukarela, atau korban pada perayaan-perayaan biasa, kamu boleh mempersembahkan binatang berikut kepada TUHAN: seekor lembu jantan, seekor domba jantan, seekor domba atau seekor kambing. Bau persembahan makanan itu menyenangkan hati TUHAN.