Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 74:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Datanglah ke tempat yang sudah habis binasa ini; segala yang ada di dalam Rumah-Mu telah dimusnahkan musuh kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Angkatlah kaki-Mu kepada malapetaka yang berterusan, musuh telah merosakkan segala-galanya di tempat suci.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Datanglah ke tempat yang sudah habis binasa ini; segala yang ada di dalam Rumah-Mu telah dimusnahkan musuh kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 74:3
26 Iomraidhean Croise  

Nebuzaradan membakar Rumah TUHAN, istana, dan rumah orang terkemuka di Yerusalem.


Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.


Hari masih gelap ketika aku keluar dari kota melalui Pintu Gerbang Lembah di sebelah barat, lalu aku menuju ke arah selatan, melalui Mata Air Naga, ke Pintu Gerbang Sampah. Selama perjalanan itu, aku memeriksa tembok kota yang sudah roboh dan pintu-pintu gerbangnya yang telah musnah dimakan api.


lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”


Tetapi kerana Engkau, kami diancam maut setiap masa, kami diperlakukan seperti domba sembelihan.


Kami jatuh hancur di tanah, dan terbaring di atas debu kerana kalah.


Mazmur Asaf. Ya Allah, orang yang tidak mengenal Engkau telah menyerang tanah-Mu. Mereka telah menajiskan Rumah-Mu yang suci dan meruntuhkan Yerusalem.


Aku mengirim Asyur untuk menyerang suatu bangsa yang telah membuang iman, dan yang telah membangkitkan kemurkaan-Ku. Aku mengutus Asyur untuk menjarah, mencuri, dan memijak-mijak bangsa itu seperti lumpur di jalan.”


TUHAN akan melindungi Bukit Sion, tetapi penduduk Moab akan dipijak-pijak seperti jerami dipijak-pijak di tempat kotoran.


Mereka akan membina semula kota-kota yang telah lama runtuh, dan mendirikan tempat-tempat yang sudah lama sepi.


Dia membakar Rumah TUHAN, istana, dan rumah-rumah semua pembesar di Yerusalem;


Musuhnya merampas segala kekayaannya. Dia nampak mereka masuk ke Rumah TUHAN, tempat larangan bagi orang yang bukan umat TUHAN.


Beberapa orang askar raja akan menajiskan Rumah TUHAN. Mereka akan menghentikan korban harian, dan mendirikan ‘Bencana Yang Dahsyat’ itu.


Dengarlah doa dan permohonanku, ya Allah. Pulihkanlah Rumah-Mu yang telah dimusnahkan itu agar setiap orang tahu bahawa Engkaulah Tuhan.


Raja itu akan membuat perjanjian yang kukuh dengan banyak orang selama tujuh tahun. Pada pertengahan jangka masa itu, raja itu akan menghentikan segala korban dan persembahan. Kemudian sesuatu yang disebut ‘Bencana Yang Dahsyat’ akan diletakkan di Rumah TUHAN, dan tetap di situ sehingga orang yang meletakkannya menemui kebinasaan yang telah ditentukan oleh Allah baginya.”


TUHAN sedang keluar dari tempat-Nya yang suci; Dia turun dan berjalan di puncak gunung-gunung di bumi.


Oleh sebab kejahatan kamu, Sion akan dibajak seperti tanah, Yerusalem dijadikan timbunan runtuhan, dan bukit tempat Rumah TUHAN akan menjadi hutan belukar.


Kemudian Dia mengajar orang ramai di situ. Dia berkata, “Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa untuk semua bangsa!’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!”


Ada orang yang akan dibunuh dengan pedang, ada lagi orang yang akan dibawa sebagai tawanan ke negeri orang, dan bangsa yang tidak mengenal Allah akan menginjak-injak Yerusalem sehingga habis masa yang ditetapkan oleh Tuhan untuk mereka.”


lalu dihadapkan kepada Yosua. Kemudian Yosua memanggil semua orang Israel berkumpul, lalu memerintah para panglima yang berperang bersama-sama dia, supaya meletakkan kaki mereka pada leher raja-raja itu. Mereka pun berbuat demikian.


Tetapi janganlah ukur halaman yang di sebelah luar, kerana bahagian itu sudah diserahkan kepada orang yang tidak mengenal Allah. Mereka akan menginjak-injak kota suci itu selama empat puluh dua bulan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan