Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 72:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Semoga negeri ini menikmati kemakmuran, dan mengalami keadilan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Gunung-ganang akan membawa kesejahteraan kepada umat, dan bukit membawa hasil kebenaran.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Semoga negeri ini menikmati kemakmuran, dan mengalami keadilan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 72:3
13 Iomraidhean Croise  

Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu! Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu.


Semoga biji-bijian melimpah di seluruh negeri; semoga bukit-bukit diliputi tanaman, sesubur tanaman di Lebanon. Semoga kota-kota penuh dengan orang, seperti rumput yang tumbuh di padang.


Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit; bumi terbuka untuk menerimanya, lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan, kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.”


Betapa baiknya melihat kedatangan utusan, dia datang melintasi pergunungan, dan membawa berita baik, berita kedamaian! Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion, “Allahmu memerintah!”


Aku akan membawakan engkau emas sebagai ganti gangsa, perak sebagai ganti besi, gangsa sebagai ganti kayu, dan besi sebagai ganti batu. Penguasa-penguasamu tidak akan menindas engkau lagi; Aku akan menyebabkan mereka memerintah dengan adil dan aman.


Tujuh kali tujuh puluh tahun ialah jangka masa yang telah ditentukan Allah untuk membebaskan bangsamu dan kotamu yang suci itu daripada dosa dan kejahatan. Dosa akan diampunkan dan keadilan yang kekal akan ditegakkan, agar penglihatan dan nubuat itu menjadi kenyataan, dan agar Rumah TUHAN yang suci ditahbiskan semula.


Pada masa itu gunung akan diliputi ladang anggur; ternakan akan terdapat di tiap-tiap bukit; semua sungai di Yehuda akan penuh air. Sebatang sungai akan mengalir dari Rumah TUHAN; sungai itu akan mengairi Lembah Akasia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan