Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4-5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 jika aku telah berbuat jahat kepada orang yang baik denganku atau tanpa sebab aku telah merampas milik musuhku —

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4-5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat, jika aku mengkhianati sahabat, atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:4
20 Iomraidhean Croise  

Setelah mereka pergi tidak berapa jauh dari kota itu, Yusuf berkata kepada pengurus rumah tangganya, “Cepatlah kejar mereka. Setelah kamu menyusul mereka, katakan kepada mereka, ‘Mengapa kamu membalas kebaikan dengan kejahatan?


Tuan, sekiranya salah seorang daripada kami didapati mempunyai benda itu, biarlah dia dihukum mati dan kami semua menjadi abdi tuan.”


Engkau telah merampas kerajaan Raja Saul! Sekarang engkau dihukum oleh TUHAN kerana membunuh begitu banyak sanak saudara Raja Saul. TUHAN telah memberikan kerajaanmu kepada anakmu Absalom. Sekarang mampuslah engkau, hai pembunuh!”


biarlah lenganku dipatahkan, sehingga dari bahuku dipisahkan.


Jika aku telah berpaling dari jalan yang benar, atau hatiku tertarik kepada hal yang cemar, jika tanganku kotor kerana dosa,


Mereka membalas kebaikanku dengan kejahatan, dan kasihku dengan kebencian.


Allah yang memerintah selama-lamanya, akan mendengar aku dan mengalahkan musuhku, kerana mereka tidak mahu berubah hati, dan tidak takut kepada Allah.


Emas dan perak diuji oleh api, tetapi hati orang diuji oleh TUHAN.


Tetapi Paulus berseru dengan kuat sekali, “Jangan bunuh diri! Kami semua masih di sini!”


Kemudian Daud lari dari Nayot dekat Rama, lalu pergi berjumpa dengan Yonatan. Dia bertanya kepada Yonatan, “Apakah yang sudah aku lakukan? Apakah kesalahanku? Apakah dosaku terhadap bapamu sehingga bapamu hendak membunuh aku?”


Ahimelekh menjawab, “Tetapi bukankah Daud pegawai tuanku yang paling setia? Dia menantu tuanku sendiri, ketua pengawal peribadi tuanku dan sangat dihormati oleh semua orang di istana.


Dia berkata kepada anak buahnya, “Semoga TUHAN mencegah aku daripada berbuat jahat terhadap rajaku yang telah dipilih TUHAN. Aku tidak boleh menyakiti raja sedikit pun kerana raja telah dipilih TUHAN.”


Raja Saul menjawab, “Sesungguhnya beta sudah berdosa. Baliklah, hai Daud anak beta! Beta tidak akan berbuat jahat terhadapmu lagi. Malam tadi kamu telah membiarkan beta hidup. Kelakuan beta sungguh bodoh! Perbuatan beta sangat dahsyat!”


Sebagaimana hamba sudah membiarkan tuanku hidup, semoga TUHAN juga membiarkan hamba hidup dan membebaskan hamba daripada segala kesusahan!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan