Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 7:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Ya TUHAN, ya Allahku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 7:1
29 Iomraidhean Croise  

Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, “Terbanglah seperti burung ke gunung,


Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan dan berdukacita siang malam? Berapa lamakah musuhku akan menguasai aku?


Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku.


Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN! Engkaulah pembelaku.


Engkau menyelamatkan orang yang rendah hati, tetapi Engkau merendahkan orang yang sombong.


ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.


Mazmur Daud. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku melakukan yang benar, dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.


Aku tidak takut terhadap beribu-ribu lawan yang mengepung aku dari segala jurusan.


Engkau telah mengubah kedukaanku menjadi tarian gembira; Engkau telah mengambil kesedihanku dan meliputi aku dengan kegembiraan.


Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan aku dan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.


Tetapi aku berharap kepada-Mu, ya TUHAN; Engkaulah Allahku.


Orang jahat pasti menderita, tetapi orang yang berharap kepada TUHAN dilindungi oleh kasih-Nya.


Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku; aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku!


Aku akan meluaskan kerajaannya dari Laut Tengah sampai ke Sungai Efrat.


Hai kamu yang menghormati TUHAN dan yang taat kepada kata-kata hamba-Nya. Perjalanan yang kamu tempuh mungkin gelap, tetapi percayalah kepada TUHAN, dan bersandarlah kepada Allah kamu.


Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN, Engkau faham segala-galanya. Ingatlah akan aku dan tolonglah aku. Balaslah mereka yang menganiaya aku. Jangan bersabar terhadap mereka sehingga mereka berjaya membunuh aku. Ingatlah bahawa aku dihina kerana Engkau.


Tetapi, Engkau, ya TUHAN, memihak aku; Engkau kuat dan perkasa. Mereka yang menganiaya aku akan jatuh dan tidak berdaya. Mereka akan dipermalukan selama-lamanya, kerana rancangan mereka tidak berjaya. Kehinaan mereka itu akan diingat selalu.


Aku mendengar umat Israel berkata dengan penuh kesedihan, ‘Ya TUHAN, kami seperti haiwan yang belum dijinakkan, tetapi Engkau melatih kami supaya patuh. Bawalah kami kembali; kami sedia balik kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami.


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengaku dosa bangsaku di hadapan-Nya. Aku berkata, “Ya Tuhan Allah, Engkau besar, dan kami menghormati Engkau. Engkau menepati perjanjian-Mu, dan Engkau sentiasa mengasihi orang yang mengasihi Engkau dan yang mentaati perintah-Mu.


Inilah doa Nabi Habakuk:


Kamu akan melarikan diri melalui lembah yang membelah bukit itu. Kamu akan lari seperti nenek moyang kamu dahulu ketika terjadi gempa bumi pada masa pemerintahan Uzia, raja Yehuda. TUHAN, Allahku akan datang bersama dengan semua malaikat-Nya.


sedangkan orang lain yang mengintip bersama-sama saya menakut-nakutkan umat Israel. Tetapi saya taat kepada TUHAN, Allah saya.


Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, yang sudah membangkitkan Dia daripada kematian dan memuliakan-Nya. Oleh itu, sekarang kamu percaya kepada Allah dan berharap kepada-Nya dengan sepenuhnya.


Oleh itu, orang yang menanggung penderitaan kerana hal itu kehendak Allah, harus berbuat baik dan berserah kepada Pencipta mereka, yang sentiasa menepati janji-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan