Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 69:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Aku lesu meratap; kerongkongku kering. Mataku kelam, menanti Allahku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 aku hampir tenggelam di lumpur yang dalam, dan tiada tempat berjejak; aku berada di air yang dalam, dan ombak pun hampir melemaskan aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 69:3
18 Iomraidhean Croise  

Tetapi orang jahat akan melihat di sekeliling dan berasa bingung; mereka tidak menemui jalan keluar. Satu-satunya harapan mereka adalah menghembus nafas terakhir.”


Aku menangis sehingga mukaku merah, dan kelopak mataku bengkak dan hitam.


Mataku penat menantikan Engkau datang untuk menyelamatkan aku, dan untuk membebaskan aku, menurut janji-Mu.


Mataku penat menanti-nantikan apa yang Engkau janjikan, sementara aku bertanya, “Bilakah Engkau akan menolong aku?”


Tenagaku hilang, hilang seperti air yang tumpah. Semua tulangku terkehel; hatiku meleleh seperti lilin.


Allahku, ya Allahku, mengapakah Engkau meninggalkan aku? Aku berseru tetapi Engkau tetap jauh, dan tidak menolong aku.


Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku, kerana aku percaya kepada-Mu.


hidup mereka berlalu seperti bayangan. Segala perbuatan mereka sia-sia; mereka mengumpulkan harta, tetapi tidak tahu siapa akan mewarisinya.


Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya, dari paya yang berlumpur. Dia meletakkan aku di atas batu sehingga langkahku kukuh.


Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati.


Kekejian telah mematahkan hatiku, aku menjadi putus asa. Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati; aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.


Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam, ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.


Suaraku redam dan lemah, aku mengeluh seperti burung merpati. Mataku penat kerana memandang ke langit. Ya Tuhan, selamatkan aku daripada segala kesusahan ini.


Mataku bengkak kerana menangis tanpa berhenti; jiwaku merana tidak terperi. Hatiku hancur melihat kebinasaan bangsaku, melihat kanak-kanak dan bayi pengsan di jalan kota.


Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai, dan supaya apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku, Dia berkata, “Aku dahaga.”


Di depan mata kamu, anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, akan diberikan sebagai hamba kepada orang bangsa asing. Tiap-tiap hari, mata kamu pedih mencari anak-anak kamu, tetapi usaha kamu itu sia-sia, kerana mereka tidak akan kembali.


Semasa Yesus hidup di bumi ini, Dia berdoa dan memohon dengan seruan dan tangisan kepada Allah yang berkuasa menyelamatkan Dia daripada kematian. Oleh sebab Yesus merendahkan diri dan taat kepada Allah, Allah mendengarkan permintaan-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan