Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 67:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 Allah akan memberkati kita, dan setiap pelosok bumi akan takut kepada-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya; Allah, Allah kita, telah memberkati kita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 67:7
23 Iomraidhean Croise  

Orang miskin akan makan dengan puas hati; mereka yang datang kepada TUHAN akan memuji Dia. Semoga mereka makmur selama-lamanya!


TUHAN menguatkan umat-Nya, dan memberkati mereka dengan kesejahteraan.


Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi! Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia!


Berbahagialah mereka yang telah Engkau pilih, mereka yang Engkau bawa tinggal di Rumah-Mu. Kami akan dipuaskan dengan segala yang baik di Rumah-Mu, berkat-Mu untuk kami di kediaman-Mu yang suci.


Semoga selama-lamanya nama raja diingati, dan kemasyhurannya kekal seperti matahari. Semoga semua bangsa minta diberkati seperti raja, dan semua orang menyebut raja berbahagia.


Dia menepati janji-Nya kepada orang Israel, umat-Nya dengan kasih dan kesetiaan kepada mereka. Semua bangsa di seluruh dunia telah melihat kemenangan Allah kita.


Ketika kamu menabur benih, TUHAN akan menurunkan hujan supaya benih itu tumbuh. Dia akan memberi kamu hasil yang banyak, dan bagi ternak kamu akan tersedia padang rumput yang luas.


Aku akan menyuruh negeri di utara melepaskan mereka, dan negeri di selatan membebaskan mereka. Biarlah umat-Ku pulang dari negeri-negeri jauh, dari segala pelosok dunia.


Berpalinglah kepada-Ku sekarang hai bangsa-bangsa di seluruh dunia, supaya kamu diselamatkan! Akulah satu-satunya Allah, selain Aku, tiada yang lain.


TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya yang suci di hadapan semua bangsa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya, dan seluruh bumi akan menyaksikannya.


Aku akan menurunkan hujan pada waktunya supaya tanah kamu dapat mengeluarkan hasil, dan pokok-pokok akan berbuah.


dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.


Mereka akan menabur benih dengan damai. Pokok anggur mereka akan berbuah, tanah akan memberikan hasil, dan hujan akan turun. Aku akan memberikan segala berkat ini kepada orang daripada bangsa ini yang masih hidup.


TUHAN berfirman, “Aku akan melenyapkan kereta kuda dari Israel, dan juga kuda di Yerusalem; busur yang digunakan dalam peperangan akan dimusnahkan. Raja kamu akan mengadakan perdamaian antara bangsa-bangsa; kerajaannya terbentang dari laut ke laut, dari Sungai Efrat sampai ke hujung bumi.”


Aku dihormati oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia. Mereka membakar kemenyan di merata tempat untuk menghormati Aku, dan mereka mempersembahkan korban yang layak dipersembahkan. Mereka semua menghormati Aku!


Tetapi bagi kamu yang taat kepada-Ku, kuasa-Ku yang menyelamatkan kamu akan terbit seperti matahari, dan kuasa-Ku itu akan memberikan kesembuhan seperti sinar matahari. Kamu akan bebas dan gembira seperti anak lembu yang dikeluarkan dari kandang.


Saudara-saudara keturunan Abraham, dan semua saudara lain di sini yang taat kepada Allah! Allah sudah mengirim berita penyelamatan itu kepada kita.


Hal itu demikian kerana inilah perintah yang diberikan oleh Tuhan kepada kami, ‘Aku sudah menetapkan supaya kamu menjadi cahaya bagi bangsa bukan Yahudi, dan melalui kamu, Allah akan menyelamatkan seluruh dunia.’ ”


Engkau sudah menunjukkan jalan yang menuju ke hidup sejati, dan aku bersukacita kerana Engkau menyertai aku.’


Kristus berbuat demikian supaya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, juga boleh diberikan kepada orang bukan Yahudi. Dengan demikian kita yang percaya kepada Allah, dapat menerima Roh yang dijanjikan oleh Allah.


Abraham percaya lalu dia diberkati. Demikianlah Allah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya, seperti Dia memberkati Abraham.


Siapakah yang tidak takut kepada-Mu, ya Tuhan? Siapakah yang tidak mahu mengisytiharkan keagungan-Mu? Hanya Engkau yang suci. Semua bangsa akan datang menyembah Engkau, kerana tindakan-Mu yang adil dilihat oleh semua orang.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan