Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 67:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Biar bangsa-bangsa bersukacita dan menyanyi kegirangan, kerana Engkau akan menghakimi manusia dengan adil dan memerintah bangsa-bangsa di bumi. Sela

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah; semoga semua bangsa memuji Engkau!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 67:4
18 Iomraidhean Croise  

Tentu Engkau tidak mahu membunuh orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah. Tentu tidak! Engkau tidak mungkin berbuat demikian. Jika Engkau berbuat demikian, orang yang tidak bersalah akan dihukum bersama dengan orang yang bersalah. Itu tidak mungkin. Hakim bagi seluruh bumi tentu bertindak dengan adil.”


Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu, dan seluruh bumi akan Kujadikan milikmu.


Aku berkata bahawa kamu ilahi, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi.


Tetapi TUHAN memerintah selama-lamanya; Dia mendirikan takhta-Nya untuk menghakimi dunia.


Katakanlah kepada semua bangsa, “TUHAN itu raja! Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang; Dia akan menghakimi semua bangsa dengan adil.”


kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur.


Hai Yerusalem, dahulu kamu seperti wanita mandul, tetapi sekarang bernyanyilah dan bersorak-sorailah dengan gembira. Sekarang kamu akan mendapat lebih banyak anak daripada wanita yang tidak pernah ditinggalkan suami!


Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa, dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka.


Kafilah-kafilah akan datang dari Midian dan Efa. Mereka datang dari Syeba dengan membawa emas dan kemenyan. Mereka memberitakan hal baik yang telah dilakukan TUHAN!


Hal itu demikian kerana Dia sudah menetapkan suatu hari untuk mengadili seluruh dunia ini dengan adil. Tugas itu akan dilakukan oleh satu orang yang sudah dipilih-Nya. Supaya semua orang yakin akan hal itu, Allah sudah membangkitkan orang itu daripada kematian!”


Kamu degil dan keras kepala. Oleh itu, kamu sendiri yang menjadikan hukuman kamu semakin berat pada Hari Kiamat apabila Allah menyatakan kemurkaan-Nya dan menjatuhkan hukuman yang adil.


Di dalam Alkitab tertulis, “Berbahagialah kamu, hai wanita mandul! Bersorak-sorailah dan bersukacitalah, hai kamu yang tidak pernah merasakan sakit bersalin! Wanita yang ditinggalkan suaminya akan mendapat lebih banyak anak daripada wanita yang hidup dengan suaminya.”


Hai bangsa-bangsa, pujilah umat TUHAN. TUHAN menghukum semua orang yang membunuh umat-Nya; Dia membalas dendam terhadap musuh-Nya, dan mengampunkan dosa umat-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan