Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 4:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Jawablah apabila aku berseru, ya Allah, Pembelaku! Ketika aku susah dahulu, Engkau datang menolong aku. Sekarang kasihanilah aku, dan dengarlah doaku!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Berapa lamakah, hai manusia, kamu akan terus menjadikan kemuliaanku satu keaiban? Berapa lamakah kamu akan mencintai bayangan maya dan mencari tuhan-tuhan palsu? Sela

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Jawablah apabila aku berseru, ya Allah, Pembelaku! Ketika aku susah dahulu, Engkau datang menolong aku. Sekarang kasihanilah aku, dan dengarlah doaku!

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 4:2
29 Iomraidhean Croise  

Mereka menggantikan kemuliaan Allah dengan patung binatang pemakan rumput.


Orang jahat merintangi hasrat orang miskin, tetapi orang miskin dilindungi TUHAN.


Mengapakah bangsa-bangsa membuat huru-hara dan rakyat merancangkan yang sia-sia?


Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!”


Aku serahkan diriku kepada jagaan-Mu. Engkau akan menyelamatkan aku, ya TUHAN, Allah yang setia.


Engkau tidak tahan melihat orang sombong; Engkau membenci semua orang jahat.


Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkan kamu, dan kamu akan memuji Aku.”


Dia akan menjawab dari syurga dan menyelamatkan aku; Dia akan mengalahkan orang yang menindas aku. Allah akan menunjukkan kasih dan kesetiaan-Nya kepadaku.


Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud.


Tidak! Kamu hanya memikirkan kejahatan, dan di negeri ini kamu melakukan keganasan.


mereka akan dibunuh dalam pertempuran, dan mayat mereka dimakan serigala.


supaya raja dapat memerintah umat-Mu dengan jujur, dan memperlakukan orang tertindas dengan adil.


Oleh itu, Musa dan Harun pergi menghadap raja lalu berkata kepadanya, “TUHAN, Allah orang Ibrani berfirman, ‘Berapa lama lagi engkau tidak mahu tunduk kepada-Ku? Benarkanlah umat-Ku pergi supaya mereka dapat beribadat kepada-Ku.


“Hai orang bodoh! Berapa lama lagi kamu hendak menjadi bodoh? Berapa lama lagi kamu akan mengolok-olokkan pengetahuan? Bilakah kamu mahu belajar?


Orang sangat suka melakukan kejahatan kerana orang yang melakukannya tidak segera dihukum.


Nasib manusia semuanya sama dan hal itu salah, seperti semua kejadian lain di dunia ini. Selama manusia hidup, fikiran mereka penuh dengan kejahatan dan kebodohan, dan tiba-tiba mereka meninggal.


Orang yang berharap kepada Etiopia dan membanggakan Mesir akan kecewa. Harapan mereka akan hancur.


Tetapi Israel akan diselamatkan oleh TUHAN, dan penyelamatannya kekal; umat-Nya tidak akan dipermalukan.’ ”


Kamu mengadukan perkara tanpa alasan, dan kamu tidak menghakimi perkara dengan adil. Kamu mendapat kemenangan dengan berdusta. Kamu merancang untuk menyakiti orang lain, dan kamu melakukan kejahatan itu.


Tiada bangsa mana pun yang pernah menggantikan tuhannya, walaupun tuhan-tuhan itu bukan Allah sebenarnya. Tetapi umat-Ku telah menggantikan Aku, Allah yang telah memberikan mereka kedudukan yang mulia, dengan sesuatu yang tidak dapat melakukan apa-apa.


TUHAN berfirman, “Apakah tuduhan nenek moyang kamu terhadap Aku? Mengapa mereka berpaling daripada-Ku? Mereka menyembah berhala-berhala yang sia-sia, sehingga mereka sendiri menjadi tidak berguna.


Mereka selalu sedia untuk berdusta; di seluruh negeri, yang benar tidak berkuasa, sebaliknya ketidakjujuran merajalela. TUHAN berfirman, “Umat-Ku tidak henti-henti melakukan kejahatan, mereka tidak mengakui Aku sebagai Allah mereka.”


Semakin kamu bertambah banyak, semakin banyak dosa kamu terhadap Aku, hai imam-imam. Maka Aku akan mengubah keadaan kamu. Kamu tidak akan dihormati lagi, melainkan dihina.


Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.


TUHAN berfirman kepada Musa, “Berapa lama lagi umat ini melawan Aku? Sampai bilakah mereka tidak mahu percaya kepada-Ku, walaupun Aku sudah mengadakan begitu banyak mukjizat di kalangan mereka?


Orang Yahudi di situ juga turut menuduh Paulus dan mengatakan bahawa semua yang dikatakan oleh Tertulus itu benar.


Oleh itu, seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Sesiapa mahu berbangga, dia harus berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan.”


Oleh itu, kamu tidak boleh berdusta lagi! Kamu harus mengatakan yang benar kepada saudara-saudara seiman, kerana kita semua anggota tubuh Kristus.


Jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan