Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka mengumpat dan berkata, “Allah tidak akan menolong dia!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 3:3
19 Iomraidhean Croise  

Selepas itu, Abram mendapat penglihatan dan mendengar TUHAN berfirman kepadanya, “Jangan takut, Abram. Aku akan melindungi engkau daripada bahaya dan memberikan pahala yang besar kepadamu.”


Dalam tiga hari ini, tuan akan dibebaskan oleh raja, diampuni dan dikembalikan kepada pekerjaan yang dahulu. Tuan akan menghidangkan cawan minuman kepada raja seperti dahulu.


Jangan biar Raja Hizkia menyuruh kamu berharap kepada TUHAN. Jangan sangka bahawa TUHAN akan menyelamatkan kamu, dan menghalangi angkatan tentera Asyur merebut kota kamu.


sehingga raja Asyur memindahkan kamu di negeri yang serupa dengan negeri kamu. Di sana ada banyak ladang anggur yang menghasilkan wain dan gandum untuk membuat roti. Negeri itu penuh dengan pokok zaitun, minyak zaitun, dan madu. Jika kamu taat kepada perintah raja, kamu akan hidup dan tidak akan mati. Jangan ditipu oleh Raja Hizkia. Jangan sangka bahawa TUHAN akan menyelamatkan kamu.


Pada tahun Raja Ewil-Merodakh menjadi raja Babilonia, baginda mengasihani Raja Yoyakhin dari Yehuda, lalu membebaskan baginda dari penjara. Perkara ini berlaku pada hari kedua puluh tujuh, bulan kedua belas, tiga puluh tujuh tahun setelah Raja Yoyakhin ditawan.


Raja akan minum dari anak sungai di tepi jalan. Setelah dikuatkan, raja akan menang.


Engkaulah pembelaku dan pelindungku; aku berharap kepada janji-Mu.


Aku sangat mengasihi Engkau, ya TUHAN! Engkaulah pembelaku.


Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku. Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya; aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.


TUHAN melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.


Hai manusia, berapa lamakah kamu akan menghina aku? Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu, dan mengejar yang palsu?


Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku; Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan.


Lebih baik sehari di dalam Rumah-Mu daripada seribu hari di tempat lain; aku lebih gemar berdiri di pintu Rumah Allahku daripada tinggal di rumah orang jahat.


Aku, TUHAN akan menyelamatkan semua keturunan Yakub, dan mereka akan memuji Aku.


Matahari tidak lagi menjadi penerangmu pada siang hari, bulan tidak lagi menjadi penerangmu pada malam hari; Aku, TUHAN, akan menjadi penerang abadi bagimu; Aku akan menyinari engkau dengan kemuliaan-Ku.


bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel.”


Hai Israel, kamu sungguh berbahagia! Tidak ada sesiapa pun seperti kamu, bangsa yang diselamatkan oleh TUHAN. TUHAN sendirilah yang menjadi perisai dan pedang kamu, untuk membela kamu dan memberi kamu kemenangan. Musuh kamu akan datang mohon belas kasihan, dan kamu akan memijak-mijak mereka.”


dengan semarak kemuliaan Allah. Kota itu berkilauan seperti batu permata, seperti batu jasper yang hening seperti kristal.


Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Allah meneranginya, dan Anak Domba itu lampunya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan