Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 24:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Merekalah yang akan diberkati dan diselamatkan TUHAN, dan dinyatakan tidak bersalah oleh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Dia akan diberkati TUHAN dan menerima kebenaran daripada Allah Penyelamatnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Merekalah yang akan diberkati dan diselamatkan TUHAN, dan dinyatakan tidak bersalah oleh Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 24:5
31 Iomraidhean Croise  

dan bersatu dengan Dia. Hubungan baik dengan Allah tidak aku peroleh dengan jalan taat kepada Taurat. Tetapi sekarang aku mempunyai hubungan baik dengan Allah, kerana aku percaya kepada Kristus. Hubungan baik itu datang daripada Allah dan berdasarkan kepercayaan kepada Kristus.


Marilah kita bersyukur kepada Allah dan Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus, Allah sudah memberkati kita dengan segala berkat rohani dari syurga.


Tetapi Aku telah mendekatkan hari itu, pembebasan sudah hampir. Penyelamatan daripada-Ku tidak akan ditunda, Aku akan menyelamatkan Yerusalem dan memberikan kehormatan kepada Israel.”


Janganlah balas kejahatan dengan kejahatan, atau cercaan dengan cercaan; sebaliknya balaslah kejahatan dengan berkat daripada Allah. Kamu harus berbuat demikian kerana Allah menjanjikan berkat, ketika Dia memanggil kamu.


Kristus berbuat demikian supaya berkat yang dijanjikan oleh Allah kepada Abraham, juga boleh diberikan kepada orang bukan Yahudi. Dengan demikian kita yang percaya kepada Allah, dapat menerima Roh yang dijanjikan oleh Allah.


Allah ialah Penyelamatku; aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; Dialah Penyelamatku.


Orang yang mempersembahkan ucapan syukur sebagai korban untuk menghormati Aku, dan orang yang taat kepada-Ku akan Kuselamatkan.”


Tetapi bagi kami, kami berharap bahawa dengan pertolongan Roh Allah dan berdasarkan kepercayaan kami kepada Kristus, Allah memungkinkan kami berbaik semula dengan Dia.


Abraham percaya lalu dia diberkati. Demikianlah Allah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya, seperti Dia memberkati Abraham.


Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Allah meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Allah, apabila kita bersatu dengan Kristus.


Tetapi Allah sudah menjadikan kamu hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Melalui Kristus, Allah menjadikan kita bijak. Melalui Kristus juga Allah memungkinkan kita berbaik semula dengan Allah, menjadikan kita umat-Nya yang khas dan membebaskan kita.


Allah memungkinkan orang berbaik semula dengan Dia, hanya melalui kepercayaan mereka kepada Yesus Kristus. Allah melakukan hal itu untuk semua orang yang percaya kepada Kristus, kerana tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang bukan Yahudi:


Orang yang mahu melakukan kehendak Allah akan tahu sama ada ajaran-Ku datangnya daripada Allah atau daripada Aku sendiri.


Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN. Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah. Begitulah Allah mengenakan keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.


Tetapi tiada senjata yang dapat mencederakan kamu; semua tuduhan terhadap kamu akan kamu buktikan salah. Aku akan membela hamba-hamba-Ku, serta memberi mereka kemenangan.” Demikianlah firman TUHAN.


mereka akan lenyap seperti pakaian dimakan gegat! Tetapi penyelamatan daripada-Ku akan kekal selama-lamanya; kemenangan-Ku tetap sepanjang masa.”


Tetapi Israel akan diselamatkan oleh TUHAN, dan penyelamatannya kekal; umat-Nya tidak akan dipermalukan.’ ”


Sebuah lagu. Mazmur puak Korah. Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Mahalat Leanot. Sajak Heman, orang Ezrahi.


Semoga selama-lamanya nama raja diingati, dan kemasyhurannya kekal seperti matahari. Semoga semua bangsa minta diberkati seperti raja, dan semua orang menyebut raja berbahagia.


Dia naik ke tempat yang tinggi, membawa banyak orang tawanan bersama-sama-Nya, dan menerima ufti daripada pemberontak. TUHAN Allah akan tinggal di sana.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan