Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 2:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi; engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Engkau akan memerintah mereka dengan tongkat besi; dan menghancurkan mereka seperti tembikar.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi; engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’ ”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 2:9
14 Iomraidhean Croise  

Musuh-musuhnya tidak akan dapat menewaskan dia, orang jahat tidak akan dapat mengalahkan dia.


Kamu akan hancur seperti belanga, dan begitu luluh sehingga tiada bahagian yang dapat digunakan untuk mengambil bara, atau untuk mencedok air dari tempayan.”


Tetapi bangsa-bangsa yang tidak mengabdi kepadamu akan dimusnahkan sama sekali.


Selepas itu Aku akan menghantukkan mereka satu sama lain, seperti kendi dihantukkan. Orang tua dan muda akan Kuperlakukan demikian tanpa ampun. Aku akan membinasakan mereka tanpa rasa sayang atau belas kasihan.”


Aku harus memberitahu mereka bahawa inilah firman TUHAN Yang Maha Kuasa, “Aku akan menghancurkan bangsa dan kota ini sehingga menjadi seperti kendi tembikar yang pecah itu dan tidak dapat diperbaiki lagi. Orang akan menguburkan mayat bahkan di Tofet, kerana tiada lagi tempat lain.


Pada masa pemerintahan penguasa-penguasa itu, Allah penguasa di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan yang kekal dan yang tidak dapat dikalahkan. Sebaliknya kerajaan itu akan memusnahkan sama sekali semua kerajaan yang lain, lalu kerajaan itu akan memerintah selama-lamanya.


Tuanku nampak batu itu jatuh dari tebing dengan sendirinya, serta menimpa patung yang dibuat daripada besi, gangsa, tanah liat, perak, dan emas itu. Allah yang besar sedang memberitahu tuanku hal masa depan. Itulah mimpi tuanku yang sebenarnya, dan tafsirannya dapat dipercayai.”


Israel akan mengalahkan musuhnya dan membinasakan mereka semua.


Sesiapa yang jatuh pada batu itu akan hancur; dan sesiapa yang ditimpa batu itu akan tergilas menjadi debu.]


Kemudian wanita itu melahirkan seorang anak lelaki yang akan memerintah dan menguasai semua bangsa dengan tangan besi. Tetapi anak itu direnggut daripada wanita itu dan dibawa kepada Allah yang duduk di atas takhta.


Dari mulut-Nya keluar sebilah pedang yang tajam, dan dengan pedang itu Dia akan mengalahkan bangsa-bangsa. Dia akan memerintah mereka dengan tangan besi. Dia akan memeras anggur di dalam alat pemeras anggur, iaitu kemurkaan yang menyala-nyala daripada Allah Yang Maha Kuasa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan