Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 16:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Ya TUHAN, Engkaulah warisan dan cawanku; Engkau memberiku rezeki untuk hidup.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, Engkau memberi aku segala keperluanku; nyawaku ada di dalam tangan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 16:5
28 Iomraidhean Croise  

Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah, Engkaulah kekuatanku, ya Allah; hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.


Aku melihat ke sampingku, tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku; tiada seorang pun yang melindungi aku. Tiada seorang pun yang mempedulikan aku.


TUHAN sahaja yang aku punyai, oleh itu aku berharap kepada-Nya.


Engkau menyediakan jamuan untukku, di hadapan semua musuhku; Engkau menyambut aku sebagai tetamu yang dihormati dan mengisi cawanku hingga penuh.


Hanya Engkau yang aku inginkan, ya TUHAN; aku berjanji untuk mematuhi hukum-Mu.


tetapi keturunan Yakub dipilih oleh TUHAN untuk diri-Nya sendiri.


Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang pilihan-Ku; Aku telah berjanji kepada Daud, hamba-Ku:


Allah Yakub tidak seperti berhala-berhala itu; Dialah pencipta segala sesuatu. Dia telah memilih Israel menjadi umat-Nya. TUHAN Yang Maha Kuasa ialah nama-Nya.


Oleh itu Aku akan memberi dia kedudukan yang mulia, kedudukan di kalangan orang besar dan kenamaan. Dia rela mengorbankan nyawanya, dan dia dianggap sebagai orang jahat. Dia menanggung dosa banyak orang, dan berdoa agar mereka diampuni.”


Aku akan memberikan persembahan wain kepada TUHAN, untuk bersyukur kepada-Nya kerana Dia menyelamatkan aku.


Ketika Engkau muncul, musuhku berpatah balik; mereka jatuh tersandung lalu mati.


Allah mengangkat Dia ke tempat yang berkuasa di sebelah kanan-Nya, untuk menjadi Pemimpin dan Penyelamat, supaya umat Israel mendapat peluang untuk bertaubat dan beroleh pengampunan dosa.


Engkau telah berjanji dengan sumpah kepada Daud - Engkau tidak akan memungkiri janji ini: “Aku akan melantik salah seorang anakmu menjadi raja, dan dia akan mewarisi takhtamu.


Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.”


Kristus harus terus memerintah sehingga Allah menaklukkan semua musuh Kristus di bawah kekuasaan Kristus.


Orang jahat tidak akan terus memerintah negeri umat Allah, supaya orang yang setia kepada Allah tidak ikut berbuat jahat.


Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan.


Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.


TUHAN berfirman, “Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan; seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku. Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya, dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa.


Yesus inilah yang dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Kami semua sudah menyaksikan hal itu.


Yang diterima mereka itu adalah warisan mereka, sebagaimana yang sudah dijanjikan TUHAN. Itulah sebabnya mereka tidak boleh memiliki tanah seperti suku-suku lain.


TUHAN telah menjadikan Sungai Yordan ini sebagai sempadan antara kami dan kamu daripada suku Ruben dan Gad. Kamu tidak ada kena-mengena dengan TUHAN.’ Dengan demikian keturunan kamu akan menyebabkan keturunan kami berhenti beribadat kepada TUHAN.


tetapi sebagai tanda bagi kedua-dua pihak kita dan keturunan kita, bahawa sesungguhnya kami beribadat kepada TUHAN di Khemah-Nya dengan membawa korban untuk menyenangkan hati TUHAN, persembahan-persembahan, dan korban untuk memohon berkat TUHAN. Dengan demikian keturunan kamu tidak dapat berkata bahawa keturunan kami tidak ada kena-mengena dengan TUHAN.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan