Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 16:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Mereka yang menyembah dewa-dewa bertambah-tambah kesusahan mereka. Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban; aku tidak mahu menyembah dewa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Orang yang menyembah tuhan lain akan berganda deritanya. Aku tidak akan menerima persembahan minuman korban darah daripada mereka dan tidak akan menyebut nama mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Mereka yang menyembah dewa-dewa bertambah-tambah kesusahan mereka. Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban; aku tidak mahu menyembah dewa mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 16:4
15 Iomraidhean Croise  

Yakub menegakkan sebuah batu peringatan di tempat Allah berfirman kepadanya. Kemudian Yakub mentahbiskan batu itu dengan menuang wain dan minyak zaitun di atasnya.


Orang jahat pasti menderita, tetapi orang yang berharap kepada TUHAN dilindungi oleh kasih-Nya.


Semua orang yang menyembah berhala dipermalukan, semua dewa bersujud di hadapan TUHAN.


Dengarkanlah segala firman yang telah Aku, TUHAN sampaikan kepada kamu. Jangan berdoa kepada tuhan-tuhan lain; bahkan menyebut nama tuhan-tuhan itu pun tidak boleh.”


Kamu mengambil batu-batu yang licin dari sungai, lalu menyembahnya sebagai berhala. Kamu mempersembahkan wain dan bijirin kepada berhala-berhala itu. Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan semua itu?


Tetapi bukan begitu kesudahan kamu yang meninggalkan Aku serta tidak mempedulikan Sion, bukit-Ku yang suci, dan yang menyembah Gad dan Meni, dewa nasib dan dewa takdir.


Umat itu berbuat sesuka hati mereka. Bagi mereka tidak ada perbezaannya sama ada mereka menyembelih lembu jantan ataupun membunuh manusia untuk dipersembahkan sebagai korban, sama ada mereka mempersembahkan anak domba atau mematahkan leher anjing, sama ada mereka mempersembahkan bijirin ataupun darah babi; sama ada mereka membakar kemenyan ataupun berdoa kepada berhala. Mereka suka cara penyembahan yang menjijikkan.


Anak-anak mengumpulkan kayu api, orang lelaki menyalakan api, dan orang perempuan mencampur adunan untuk membuat kuih bagi dewi yang dinamakan mereka sebagai Ratu Syurga. Mereka juga mempersembahkan wain kepada tuhan-tuhan lain untuk menyakiti hati-Ku.


Bersama dengan korban itu, kamu harus mempersembahkan dua kilogram tepung terbaik yang bercampur minyak zaitun sebagai persembahan makanan. Bau korban itu menyenangkan hati TUHAN. Bersama dengan korban itu, persembahkan juga satu liter wain.


Para penyembah berhala yang sia-sia, meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.


Dengan demikian kamu tidak akan bergaul dengan bangsa-bangsa yang masih di kalangan kamu; kamu tidak akan menyebut nama dewa-dewa mereka dan tidak akan menggunakan nama-nama itu untuk bersumpah; kamu tidak akan bersembahyang atau bersujud kepada dewa-dewa itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan