Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 16:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! Aku sangat ingin bersama-sama mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dan orang salih di bumi ini, merekalah manusia terpuji yang membuatku sukacita.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! Aku sangat ingin bersama-sama mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 16:3
20 Iomraidhean Croise  

Bangkitlah sekarang, ya TUHAN Allah, dan dengan Tabut Perjanjian lambang kekuasaan-Mu itu, masuklah ke Rumah ini dan tinggallah di sini selama-lamanya. Berkatilah para imam-Mu dalam segala pekerjaan mereka, dan semoga segenap umat-Mu bersukacita kerana kebaikan-Mu kepada mereka.


Aku berkenan akan orang yang setia kepada Allah; mereka akan kubenarkan tinggal di dalam istanaku; orang yang benar-benar jujur akan aku benarkan melayani aku.


TUHAN sangat sedih apabila orang yang setia kepada-Nya mati.


Aku bersahabat dengan semua orang yang taat kepada-Mu, semua orang yang mematuhi hukum-Mu.


Demi kebaikan saudara dan sahabatku, aku berkata kepada Yerusalem, “Sejahteralah engkau!”


Engkau menghalang aku turun ke alam maut, dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.


Orang baik memimpin sahabatnya, sedangkan orang jahat menyesatkan orang.


Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.


Aku gembira dengan bumi-Nya, puas hati dengan umat manusia.


Aku kepunyaan kekasihku, dia menginginkan aku.


Engkau tidak lagi disebut “Yang Ditinggalkan”, negerimu tidak lagi disebut “Yang Kesepian”. Tetapi engkau akan disebut “Yang Diperkenankan Allah”, negerimu akan disebut “Yang Sudah Menikah” kerana TUHAN berkenan kepadamu, dan menjadi seperti suami terhadap negerimu.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Mereka akan menjadi umat-Ku. Pada hari Aku bertindak kelak, mereka akan menjadi milik-Ku yang khas. Aku akan berbelas kasihan kepada mereka seperti seorang bapa berbelas kasihan kepada anak yang mengabdikan diri kepadanya.


Ananias menjawab, “Ya Tuhan, banyak orang sudah memberitahu aku tentang orang ini. Dia sudah melakukan banyak perkara yang kejam terhadap umat-Mu di Yerusalem.


Oleh itu, selama kita berpeluang, kita patut berbuat baik kepada semua orang, terutama sekali kepada saudara-saudara kita yang seiman.


Surat ini daripada Paulus, yang menjadi rasul Kristus Yesus kerana kehendak Allah. Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Efesus yang setia dalam hidup yang bersatu dengan Kristus Yesus.


Kata-kata itu sungguh benar. Aku mahu engkau memberikan perhatian kepada perkara-perkara tersebut, supaya orang yang percaya kepada Allah sungguh-sungguh berusaha untuk melakukan perbuatan yang baik dan berguna bagi semua orang.


Allah bukannya tidak adil. Dia tidak melupakan apa yang sudah kamu lakukan bagi-Nya, ataupun kasih yang kamu tunjukkan kepada-Nya dengan menolong sesama saudara Kristian, baik dahulu mahupun sekarang.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan