Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 13:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri sedangkan hatiku duka setiap hari? Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku?

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 13:2
44 Iomraidhean Croise  

Oleh itu raja bertanya, “Mengapa engkau kelihatan sangat sedih? Engkau tidak sakit; tentu ada perkara yang menyusahkan hatimu.” Aku terperanjat,


Ester menjawab, “Musuh dan penganiaya kami ialah Haman, orang yang jahat ini!” Haman memandang raja dan permaisuri dengan sangat ketakutan.


Jika aku berdosa, malanglah aku ini, tetapi jika aku berbuat benar, aku tidak dipuji. Aku menderita dan dihina sama sekali.


Engkau mendengar tangisan anak yatim dan orang yang ditindas; Engkau membela mereka supaya orang tidak lagi menakutkan mereka.


Maut mengepung aku, dan kengerian kubur meliputi aku; aku sangat takut dan cemas.


lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku. Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;


Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; jangan biarkan aku dipermalukan. Biarlah orang jahat dipermalukan, dan turun ke alam maut dengan senyap.


Jangan biarkan musuhku mentertawakan penderitaanku; jangan biarkan mereka berasa megah kerana kejatuhanku!


Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”


Hatiku resah gelisah. Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN?


Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.


Sampai bilakah, ya Allah, musuh kami mengejek Engkau? Adakah sampai selamanya mereka menghina Engkau?


Tetapi ingatlah, ya TUHAN, bagaimana musuh-Mu mentertawakan Engkau; mereka tidak mengenal Engkau dan mereka menghina Engkau.


Ya TUHAN, Allah kami, keagungan-Mu terlihat di seluruh bumi! Sampai ke atas langit keagungan-Mu dipuji,


Engkau telah menghukum bangsa-bangsa yang tidak mengenal-Mu, dan membinasakan orang jahat; mereka tidak akan dikenang lagi.


Hati yang gembira membuat wajah berseri-seri; hati yang sedih mematahkan semangat.


Kesimpulanku demikian: baiklah orang makan, minum, dan menikmati hasil kerja mereka dalam hidup pendek yang diberikan Allah. Itulah nasib manusia.


Mengapa aku terus saja menderita? Mengapa lukaku parah dan tidak sembuh-sembuh? Adakah Engkau bermaksud mengecewakan aku seperti sungai yang mengering pada musim panas?”


engkau berkata, ‘Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.’


Hatiku sedih dan pedih, kedukaanku tidak dapat diubati.


Musuh berjaya kerana dapat menguasai Yerusalem; TUHAN membuat dia menderita kerana sangat banyak dosanya. Penduduknya telah ditawan dan dibawa pergi oleh musuh.


Kenajisannya nampak dengan nyata namun tidak dipedulikannya. Keruntuhannya sangat dahsyat, tiada sesiapa pun dapat menghiburkannya. Musuhnya menang dan dia menangis minta belas kasihan daripada TUHAN.


Mengapakah Engkau meninggalkan kami sedemikian lama? Tidakkah Engkau mahu mengingat kami lagi?


Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Hati-Ku sedih sekali sehingga Aku hendak mati rasanya. Tinggallah di sini dan berjagalah dengan Aku.”


Tiap-tiap hari Aku bersama-sama kamu di Rumah Tuhan, tetapi kamu tidak menangkap Aku. Tetapi inilah masanya kamu bertindak, kerana kuasa kegelapan sedang memerintah.”


Sekarang kamu sedih, kerana Aku sudah memberitahu kamu hal ini.


Aku sangat sedih dan menderita,


Memang benar dia sakit dan hampir meninggal. Tetapi Allah mengasihani dia, dan bukan dia sahaja tetapi aku juga, supaya aku tidak bertambah sedih.


Maka Raja Saul semakin takut akan Daud. Raja Saul memusuhi Daud sepanjang umurnya.


Hari ini kamu telah membuktikan bahawa kamu bermaksud baik terhadap beta. Kamu tidak membunuh beta walaupun TUHAN telah menyerahkan beta kepadamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan