Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 127:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Melainkan TUHAN mendirikan rumah, sia-sialah tenaga orang yang membinanya. Melainkan TUHAN menjaga kota, sia-sialah pengawal berjaga malam.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; jika bukan TUHAN yang melindungi kota, sia-sialah usaha orang yang mengawalnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 127:1
35 Iomraidhean Croise  

TUHAN menepati janji-Nya. Dia memberi Raja Salomo kebijaksanaan. Perhubungan antara Raja Hiram dan Raja Salomo baik, dan baginda berdua membuat ikatan perjanjian.


Ingatlah baik-baik bahawa TUHAN telah memilih engkau untuk membina rumah yang khas bagi Dia. Oleh itu, sekarang laksanakanlah tugas itu dengan cekal hati.”


Kemudian Raja Daud bertitah lagi kepada putera baginda, Salomo, “Engkau harus yakin dan berani. Mulakanlah pekerjaan itu dan jangan gentar terhadap apa-apa pun. TUHAN Allah yang beta sembah akan menolong engkau. Dia tidak akan meninggalkan engkau, tetapi Dia akan menyertai engkau sampai semua pekerjaan bagi rumah-Nya itu selesai.


Kurniailah anakku, Salomo, keinginan yang sungguh-sungguh untuk mentaati semua perintah-Mu dan untuk membina rumah ibadat yang persiapannya telah kusediakan.”


Lagu ziarah. Dalam kesusahanku, aku berseru kepada TUHAN, dan Dia mengabulkan doaku.


Lagu ziarah. Aku memandang ke arah pergunungan; dari manakah datangnya pertolonganku?


Lagu ziarah oleh Daud. Aku gembira apabila orang berkata kepadaku, “Marilah kita pergi ke rumah TUHAN.”


Lagu ziarah. Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN.


Lagu ziarah oleh Daud. Bagaimanakah keadaannya jika TUHAN tidak memihak kita? Jawablah, hai Israel!


Lagu ziarah. Orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti Bukit Sion, yang kukuh tidak bergoyang dan bertahan selama-lamanya.


Lagu ziarah. Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem, kita seperti bermimpi!


Daripada Raja Salomo. Ya Allah, ajarkanlah hukum-Mu kepada raja, berikanlah keadilan-Mu kepadanya,


Di sana Dia mendirikan Rumah-Nya seperti kediaman-Nya di syurga, dan seperti bumi, kukuh selama-lamanya.


Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.


Ada lagi yang aku dapati di dunia ini: pelari yang pantas tidak selalu menang, dan orang yang berani tidak selalu menang dalam pertempuran. Orang bijak tidak selalu dapat mencari nafkah, orang berakal tidak selalu menjadi kaya, dan orang yang handal tidak selalu memperoleh kedudukan yang tinggi. Nasib malang boleh menimpa setiap orang.


Peronda-peronda kota nampak aku. Aku bertanya kepada mereka, “Adakah kamu menemui kekasihku?”


Peronda-peronda kota menemui aku; mereka memukul dan melukai aku; pengawal di tembok kota merampas selendangku.


“Aku menjaga ladang itu dan selalu menyiramnya. Aku menjaganya siang malam supaya tiada seorang pun dapat mengganggunya.


Dia berfirman, “Semua pemimpin umat-Ku buta. Mereka seharusnya memberikan amaran kepada umat-Ku. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka seperti anjing pengawal yang tidak dapat menyalak; mereka hanya tahu tidur dan bermimpi.


Di tembokmu, hai Yerusalem, Aku menempatkan pengawal; siang malam mereka tidak boleh diam. Mereka mesti mengingatkan TUHAN tentang janji-Nya, supaya jangan sekali-kali Dia melupakannya.


Berikanlah isyarat untuk menyerang tembok kota Babel. Kuatkanlah pengawalan! Tugaskanlah askar-askar di tempat masing-masing! Adanglah musuh!” TUHAN telah melakukan apa yang difirmankan-Nya tentang orang Babilonia.


Para utusan susul-menyusul untuk memberitahu raja Babilonia bahawa kotanya telah ditembusi dari setiap penjuru.


Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka.


Orang yang menanam benih dan orang yang menyiramnya tidaklah penting. Allah sahaja yang penting, kerana Dia yang menyebabkan tanaman itu tumbuh.


Aku khuatir akan kamu. Mungkinkah jerih payahku bagi kamu sia-sia sahaja?


Ingatlah, bahawa TUHAN, Allah kamu itulah yang menjadikan kamu kaya. Dia melakukan hal itu kerana sampai hari ini, Dia masih setia kepada perjanjian yang dibuat-Nya dengan nenek moyang kamu.


Raja Yerikho diberitahu bahawa beberapa orang Israel telah datang pada malam itu untuk mengintip negerinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan