Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 11:7 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

7 TUHAN adalah benar, Dia mencintai keadilan; wajah-Nya menghadap kepada orang yang tulus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 11:7
20 Iomraidhean Croise  

Dia melindungi orang yang jujur; Dia membiarkan mereka memerintah seperti raja sehingga mereka dihormati selama-lamanya.


dan mencelikkan mata orang buta. Dia menguatkan orang yang putus harapan; Dia mengasihi umat yang taat kepada-Nya.


Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah; dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.


Kemuliaannya besar kerana pertolongan-Mu; Engkau telah memberi raja kemasyhuran dan keagungan.


TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya, mereka yang mengharapkan kasih-Nya.


TUHAN mengasihi kejujuran dan keadilan; seluruh bumi penuh dengan kasih-Nya.


Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik; usahakanlah kedamaian dengan tekun.


kerana TUHAN suka akan kebenaran, dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia. Dia melindungi mereka selama-lamanya, tetapi keturunan orang jahat akan diusir.


Hatiku hancur apabila mengenangkan masa lalu, semasa aku pergi bersama-sama orang ramai ke Rumah TUHAN, dan aku berjalan di depan perarakan, dengan sorak-sorai dan lagu pujian.


Takhta yang dikurniakan Allah kepada tuanku akan kekal selama-lamanya. Tuanku memerintah rakyat dengan adil;


tuanku mencintai perkara yang benar dan membenci perkara yang jahat. Oleh itu, Allah, Allah tuanku telah memilih tuanku, dan membahagiakan tuanku lebih daripada raja lain.


Semoga semua orang yang berlindung kepada-Mu gembira; dan bernyanyi dengan sukacita selama-lamanya. Lindungilah mereka yang mengasihi Engkau, supaya mereka sungguh berbahagia kerana Engkau.


Pelindungku ialah Allah; Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.


Engkaulah yang menghakimi semua manusia. Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.


Hai Raja yang perkasa, Engkau mencintai hukum; Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan.


TUHAN membenci cara hidup orang derhaka, tetapi Dia mengasihi orang yang berusaha untuk melakukan kehendak-Nya.


TUHAN berfirman, “Aku mencintai keadilan, dan Aku membenci penindasan dan jenayah. Dengan setia Aku akan memberikan ganjaran kepada umat-Ku; Aku akan membuat perjanjian yang kekal dengan mereka.


Berbuatlah demikian, kerana Tuhan sentiasa memperhatikan orang yang melakukan kehendak-Nya, Dia sentiasa mendengarkan doa mereka; tetapi Tuhan menentang orang yang melakukan kejahatan.”


Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya.


Mereka akan melihat wajah-Nya, dan nama-Nya akan ditulis pada dahi mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan