Mazmur 11:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)5 Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo5 TUHAN menguji orang yang benar, tetapi membenci orang durjana dan orang yang mencintai keganasan. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik5 Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan. Faic an caibideil |
Hanya sepertiga daripada penduduknya akan selamat. Mereka akan Kusucikan seperti perak dimurnikan oleh api. Mereka akan Kuuji seperti orang menguji emas. Barulah mereka akan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mengabulkan doa mereka. Aku akan memberitahu mereka bahawa mereka umat-Ku, dan mereka pun akan mengaku bahawa Aku TUHAN, Allah mereka.”
Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan, dan penghormatan daripada Allah.