Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 11:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, “Terbanglah seperti burung ke gunung,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Kepada TUHAN aku bernaung. Betapa kamu boleh berkata kepadaku: “Terbanglah seperti burung ke gunungmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, “Terbanglah seperti burung ke gunung,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 11:1
21 Iomraidhean Croise  

Raja Asa berdoa kepada TUHAN, Allahnya, “Ya TUHAN, Engkau sanggup menolong tentera yang lemah sebagaimana Engkau menolong pasukan yang kuat. Sekarang tolonglah kami, ya TUHAN, Allah kami, kerana kami bersandar kepada-Mu. Demi nama-Mu, kami sekarang keluar berperang dengan tentera yang besar ini. Engkaulah Allah kami, ya TUHAN; tiada sesiapa pun dapat berharap mengalahkan Engkau.”


Bukankah tentera Etiopia dan Libia besar bilangannya? Mereka mempunyai kereta kuda dan pasukan berkuda, tetapi kerana tuanku bersandar kepada TUHAN, Dia memberi tuanku kemenangan menentang mereka.


Tetapi aku menjawab, “Bukanlah kebiasaanku untuk lari dan bersembunyi. Sebagai orang awam aku tidak boleh masuk ke Bilik Suci, nanti aku mati. Tidak, aku tidak mahu!”


Mazmur Daud. Jagalah aku, ya Allah, kerana aku berlindung kepada-Mu.


ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku dipermalukan; janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.


Aku mendengar bisikan musuhku; perkara dahsyat terdapat di sekelilingku. Mereka berkomplot menentang aku, dan merancang hendak membunuh aku.


Aku memuji TUHAN Allah kerana janji-Nya.


Ratapan Daud, yang dinyanyikan kepada TUHAN kerana Kus, orang Benyamin itu.


Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu; selamatkanlah dan lepaskanlah aku daripada semua orang yang memburu aku.


TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas, tempat perlindungan pada masa kesusahan.


Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu.


Hai penduduk negeri Moab, mengapa kamu menganggap diri sebagai pahlawan, dan sebagai askar perkasa yang diuji dalam pertempuran?


Pada masa itu juga, beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan berkata kepada-Nya, “Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke tempat lain, kerana Herodes hendak membunuh kamu.”


Pada malam itu juga, Raja Saul menyuruh beberapa orang ke rumah Daud untuk mengintip Daud, lalu membunuh dia pada waktu pagi. Tetapi Mikhal, isteri Daud, memberitahu dia, “Jika engkau tidak lari malam ini juga, esok pagi engkau pasti dibunuh.”


Cepatlah! Jangan berdiri saja!” Dia mengambil anak panah itu lalu kembali kepada tuannya.


Dari gua itu Daud pergi ke Mizpa di negeri Moab. Dia berkata kepada raja Moab, “Tolonglah benarkan ibu bapa hamba tinggal dengan tuanku sehingga hamba tahu kehendak Allah untuk hamba.”


Daud bersembunyi di tempat-tempat perlindungan di perbukitan, di padang gurun Zif. Dia selalu dikejar-kejar oleh Raja Saul, tetapi TUHAN tidak menyerahkannya kepada Raja Saul.


Daud berfikir, “Bagaimanapun juga, pada suatu hari Raja Saul akan membunuh aku. Lebih baik aku lari ke negeri orang Filistin. Kemudian Raja Saul tidak akan mencari aku lagi di Israel, dan aku pun akan aman.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan