Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 100:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 100:3
44 Iomraidhean Croise  

Oleh itu selamatkanlah kami daripada orang Asyur, ya TUHAN, Allah kami supaya semua bangsa di dunia tahu bahawa Engkau, TUHAN satu-satunya Allah.”


TUHAN ialah Allah kita; perintah-Nya untuk seluruh dunia.


Adilkah Engkau bersikap sekejam ini, menghina ciptaan-Mu sendiri, dan memperkenankan rancangan orang keji?


Engkau mencipta dan membentuk aku; berilah aku pengertian untuk memahami hukum-Mu.


Hentikanlah kata-kata manis itu, ya TUHAN, dan bungkamkan mulut yang bercakap besar,


Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!


Dia menghentikan perang di seluruh dunia; Dia mematahkan busur, memusnahkan lembing, dan membakar perisai.


Kemudian seperti gembala, Allah memimpin umat-Nya dan membimbing mereka melalui gurun.


Lalu kami, umat-Mu, domba-domba-Mu, akan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya, dan memuji-Mu sampai turun-temurun.


TUHAN itu Allah yang berkuasa, raja perkasa yang menguasai semua dewa.


Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.’ ”


Oleh itu ingatlah Pencipta kamu semasa kamu masih muda, sebelum masa sengsara tiba dan kamu berkata, “Aku tidak menikmati hidup.”


Tetapi kemudian mereka teringat akan masa silam, iaitu zaman Musa, hamba TUHAN. Lalu mereka bertanya, “Di manakah TUHAN, yang telah menuntun umat dan para pemimpin mereka melalui laut? Di manakah TUHAN, yang telah memberikan kuasa-Nya kepada mereka?


dan Engkau memperlakukan kami seolah-olah Engkau tidak pernah menjadi penguasa kami, seolah-olah kami tidak pernah menjadi umat-Mu.


Tiada sesiapa pun berdoa kepada-Mu. Tiada sesiapa pun menghampiri Engkau untuk minta pertolongan. Engkau telah menyembunyikan diri daripada kami, dan membiarkan kami binasa kerana dosa kami.


Tetapi Engkau, TUHAN, Allah yang benar, Engkau Allah yang hidup, raja yang kekal. Apabila Engkau murka, dunia gementar, bangsa-bangsa tidak tahan menghadapi kemurkaan-Mu. (


TUHAN Raja berfirman, “Aku sendiri akan mencari umat Israel, domba-domba-Ku, dan memelihara mereka,


Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.


Allah yang berfirman, “Daripada kegelapan, cahaya akan bersinar.” Allah itu juga yang menyebabkan cahaya-Nya bersinar di dalam hati kami, sehingga kita dapat memahami kemuliaan Allah yang bersinar pada wajah Kristus.


Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan.


Umat TUHAN menjadi kaya, tetapi suka memberontak, mereka kenyang dengan makanan, dan mereka gemuk. Mereka meninggalkan Allah, Pencipta mereka, dan menolak Penyelamat mereka yang perkasa.


Begitukah caranya kamu memperlakukan TUHAN, hai kamu orang bodoh, dan tidak berfikiran? Dialah Bapa kamu, Pencipta kamu, Dialah yang menjadikan kamu satu bangsa.


TUHAN telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah, dan tidak ada yang lain.


Oleh itu ingatlah hari ini dan jangan lupa bahawa TUHAN satu-satunya Allah di langit dan di bumi; tidak ada yang lain.


Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya,


Dahulu kamu seperti domba yang sesat, tetapi sekarang kamu telah dibawa pulang untuk mengikut Gembala dan Pemelihara jiwa kamu.


Tetapi kamu bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kamu untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kamu keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang.


Oleh itu, orang yang menanggung penderitaan kerana hal itu kehendak Allah, harus berbuat baik dan berserah kepada Pencipta mereka, yang sentiasa menepati janji-Nya.


Kita tahu bahawa Anak Allah sudah datang dan sudah memberi kita pengertian, supaya kita mengenal Allah yang benar. Kita hidup bersatu dengan Allah yang benar kerana kita hidup bersatu dengan Anak-Nya Yesus Kristus. Inilah Allah yang benar, dan inilah hidup sejati dan kekal.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan