Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 10:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Orang zalim berbangga dengan keinginan hatinya; memberkati orang tamak dan mencerca TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang jahat membangga-banggakan niat jahat mereka; orang tamak mengutuki dan menolak TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 10:3
40 Iomraidhean Croise  

Lalu kumpulkanlah pasukan tentera sebesar pasukan yang meninggalkan tuanku dahulu. Sediakanlah kuda dan kereta kuda yang bilangannya sama seperti dahulu. Kita akan menentang tentera Israel di tanah rata, dan pasti kita akan mengalahkan mereka.” Raja Benhadad bersetuju dan menurut nasihat mereka.


Aku tidak pernah bergantung pada kekayaanku,


Mereka menjerit-jerit menuduh aku, “Kami nampak perbuatanmu!”


apabila mereka mati, mereka tidak dapat membawa apa-apa; harta mereka tidak dapat turun ke kubur bersama-sama mereka.


Aku tidak takut akan masa kesusahan, ketika aku dikelilingi oleh musuh,


Engkau tidak tahan melihat orang sombong; Engkau membenci semua orang jahat.


Untuk pemimpin koir. Sajak Daud,


Berapa lama lagi penjahat akan bercakap dengan sombong, dan membanggakan kejahatan mereka?


Musuh berkata, ‘Aku akan mengejar dan menangkap mereka; aku akan membahagi-bahagikan kekayaan mereka, dan mengambil segala yang aku kehendaki; aku akan menghunus pedangku dan mengambil segala milik mereka.’


Sesiapa yang mengabaikan hukum, memihak orang jahat; sesiapa yang mentaati hukum, memusuhi orang jahat.


Sungguhpun hidupku sia-sia, aku telah nampak segala-galanya. Ada kalanya orang yang baik mati walaupun mereka baik. Ada kalanya orang yang jahat panjang umur walaupun mereka jahat.


Siapakah yang engkau cela dan hina itu? Engkau telah bersikap sombong terhadap Aku, Allah Israel, Allah yang suci.


Aku murka terhadap mereka kerana dosa dan ketamakan mereka. Itulah sebabnya Aku menghukum dan meninggalkan mereka. Tetapi mereka degil dan tetap mengikut jalan sendiri.


Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri; engkau membunuh orang yang tidak bersalah, dan menindas rakyatmu dengan kejam. Demikianlah firman TUHAN.


Aku akan memusnahkan tempat-tempat pemujaan kamu di bukit-bukit, merobohkan mazbah-mazbah tempat kamu membakar kemenyan, dan melemparkan mayat kamu ke atas berhala yang sudah roboh itu. Kerana jijik,


Malang menimpa kamu! Kamu memperkaya keluarga kamu dengan apa yang kamu peroleh dengan keganasan. Kamu telah membina rumah yang selamat untuk melindungi keluarga kamu daripada malapetaka.


Seterusnya Yesus berkata kepada mereka semua, “Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali.”


Setelah itu barulah aku berkata kepada diriku sendiri, kamu sungguh bertuah! Kamu mempunyai segala yang baik bagi keperluanmu selama bertahun-tahun. Nikmatilah hidup! Makan, minum, dan bersukacitalah!’


Hati mereka penuh dengan kejahatan, kekejaman, ketamakan, kebusukan dan kedengkian, keinginan untuk membunuh, berkelahi, menipu, dan mendendam. Mereka suka mengumpat,


Mereka tahu bahawa menurut hukum Allah, orang yang berbuat semua itu harus dihukum mati. Namun demikian mereka terus-menerus melakukan hal-hal itu; bahkan mereka menyetujui orang lain yang berbuat demikian.


atau yang mencuri, atau yang tamak, atau yang selalu mabuk, atau yang mengumpat orang, atau yang merompak - semua orang seperti itu tidak akan menikmati Pemerintahan Allah.


Kamu tentu tahu bahawa orang yang melakukan perbuatan cabul, atau yang tidak senonoh, ataupun yang tamak (kerana ketamakan seperti penyembahan berhala), tidak akan menikmati Pemerintahan Kristus dan Allah.


Di kalangan kamu yang mendengar tuntutan keras itu pada hari ini, jangan ada seorang pun yang berfikir bahawa dia akan tetap selamat meskipun dia berdegil dan menuruti kemahuannya sendiri. Perbuatan seperti itu akan membinasakan kamu semua, orang yang baik mahupun yang jahat.


Apabila TUHAN melihat hal itu, Dia murka, anak-anak-Nya lelaki dan perempuan, ditolak oleh-Nya.


Oleh itu, matikanlah keinginan duniawi yang menguasai diri kamu, seperti perbuatan cabul, perkara yang tidak senonoh, hawa nafsu, keinginan yang jahat, dan ketamakan (kerana ketamakan itu serupa dengan penyembahan berhala).


Sekarang dengarlah nasihatku, hai kamu yang berkata, “Hari ini atau esok kami akan berangkat ke suatu negeri dan tinggal di sana selama setahun untuk berniaga dan mencari wang.”


Tetapi sekarang kamu sombong dan bercakap besar. Bercakap besar seperti itu salah.


Janganlah kasihi dunia ini, atau segala sesuatu di dunia ini. Jika kamu mengasihi dunia ini, kamu tidak mengasihi Allah Bapa.


Pada suatu hari dia berkata kepada ibunya, “Ketika orang mencuri 1,100 keping wang perak mak dahulu, saya mendengar mak mengutuk pencuri itu. Sayalah yang mencuri perak itu. Saya masih menyimpannya.” Ibunya berkata, “Semoga engkau diberkati TUHAN, anakku!”


Raja Saul bertitah, “Semoga kamu diberkati TUHAN kerana berbuat baik kepada beta.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan