Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mazmur 1:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dia seperti pohon yang ditanam di tepi perairan, yang menghasilkan buahnya pada musimnya dan daunnya tidak layu. Apa sahaja yang dilakukannya berjaya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka berjaya dalam segala usaha; mereka seperti pokok yang ditanam di tepi sungai yang berbuah pada musimnya, dan tidak pernah layu daunnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mazmur 1:3
32 Iomraidhean Croise  

Ketua penjara itu tidak lagi mengawasi segala yang dipercayakannya kepada Yusuf, kerana TUHAN menyertai Yusuf sehingga dia berjaya dalam semua pekerjaannya.


Tuannya melihat bahawa TUHAN menolong Yusuf dan memberi dia kejayaan dalam segala yang dilakukannya.


Oleh itu TUHAN menyertai baginda, dan baginda berjaya dalam segala usahanya. Baginda memberontak terhadap raja Asyur dan tidak mahu takluk kepadanya.


Raja Daud bertitah lagi, “Oleh itu, hai putera beta, semoga TUHAN, Allahmu selalu menyertai engkau. Semoga engkau berjaya membina rumah untuk TUHAN seperti yang telah dijanjikan-Nya.


Jika engkau mentaati semua hukum yang diberikan TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Musa, engkau akan berjaya. Engkau harus yakin dan berani. Jangan takut menghadapi apa-apa pun.


Raja Hizkia berjaya kerana semua yang dilakukannya untuk Rumah TUHAN atau untuk mentaati hukum Taurat, dilaksanakannya dengan sepenuh hati dan dengan kasih kepada Allahnya.


Banyak orang datang ke Yerusalem dengan membawa persembahan kepada TUHAN dan hadiah bagi Raja Hizkia. Sejak itu bangsa-bangsa lain menghormati Raja Hizkia.


tetapi apabila mendapat air, pokok itu tumbuh lagi; seperti pokok muda, tunas-tunasnya muncul kembali.


Usahamu akan berjaya selalu, dan cahaya akan menyinari hidupmu.


Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu; engkau akan berbahagia dan makmur.


Orang yang lalu tidak akan berkata, “Semoga kamu diberkati TUHAN! Kami memberkati kamu demi nama TUHAN.”


Mereka umpama pokok yang ditanam di Rumah TUHAN, seperti pokok yang tumbuh dengan subur di Rumah Allah kita,


dan tetap menghasilkan buah pada masa tua, dan sentiasa menghijau serta kuat.


Apabila dahan pokok telah kering dan patah, dahan-dahan itu dikumpulkan oleh kaum wanita untuk dijadikan kayu api. Kerana bangsa itu tidak mengerti apa-apa, Allah Pencipta mereka tidak menyayangi ataupun mengasihani mereka.


TUHAN berfirman, “Orang yang taat kepada-Ku akan bahagia dan selamat. Mereka akan menikmati hasil usaha mereka.


Mereka akan tumbuh subur seperti rumput di tempat yang berair, seperti pokok gandarusa di tepi sungai yang mengalir.


Aku akan sentiasa memimpin kamu serta mengenyangkan kamu di tanah kering. Aku akan menjadikan kamu kuat dan sihat. Kamu akan menjadi seperti taman yang mendapat cukup air, dan seperti mata air yang tidak pernah kering.


Dia bagaikan pokok yang tumbuh di tepi sungai yang mengalir; akarnya merambat sampai ke air. Musim panas tidak ditakutinya, kerana daun-daunnya selalu hijau; walaupun negeri dilanda kemarau, tidak ada kegelisahannya, kerana buah selalu dihasilkannya.


Padahal pokok anggur itu sudah ditanam di tempat yang subur dan berair, sehingga daun dan buahnya lebat, dan menjadi pokok anggur yang baik sekali.


Ibu kamu bagaikan pokok anggur yang ditanam di tepi anak sungai. Kerana banyak air di situ, pokok itu berbuah dan berdaun lebat.


Kerana cukup airnya pokok itu tumbuh lebih tinggi daripada pokok-pokok lain. Dahannya menjadi besar dan panjang.


Di kedua-dua tebing sungai itu akan tumbuh berjenis-jenis pokok buah. Daun pokok-pokok itu tidak akan layu, dan pokok-pokok itu tidak akan berhenti berbuah. Setiap bulan pokok-pokok itu akan menghasilkan buah-buah yang baru, kerana pokok-pokok itu diairi oleh air yang mengalir dari Rumah TUHAN. Buah-buah itu menjadi makanan dan daun-daunnya digunakan sebagai ubat.”


seperti barisan panjang pokok kurma, atau seperti taman di pinggir sungai; seperti pokok gaharu yang ditanam oleh TUHAN, atau seperti pokok sedar di tepi air.


Tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam.


Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu, tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, “Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi!” Dengan segera pokok ara itu layu.


Apabila tiba masanya untuk mengumpulkan buah anggur, pemilik ladang itu mengutus hamba-hambanya kepada penyewa-penyewa ladang itu untuk menerima hasil bahagiannya.


Mereka menjawab, “Tentu dia akan membunuh semua orang jahat itu, lalu menyewakan ladang anggur itu kepada penyewa-penyewa lain yang mahu memberikan hasil bahagiannya pada musim anggur.”


Sesiapa yang tidak tetap bersatu dengan Aku, akan dikerat seperti carang lalu menjadi kering. Carang-carang seperti itu akan dikumpulkan lalu dibuang ke dalam api dan dibakar.


TUHAN, Allah kamu akan memberkati usaha kamu dan memenuhi gudang-gudang kamu dengan gandum. Dia akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu.


Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali.


ke tengah-tengah jalan raya di kota itu. Pada kedua-dua tepi sungai itu terdapat sebatang pokok sumber kehidupan, yang berbuah dua belas kali setahun, iaitu sekali sebulan. Daunnya digunakan untuk menyembuhkan bangsa-bangsa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan