Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 4:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Maka katanya pada Isa, Bahwa skalian ini akan kubrikan padamu, jikalau angkau mahu sujud mŭnyŭmbah aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Kata Iblis kepada Yesus, “Semua ini akan kuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Lalu Iblis berkata kepada Yesus, “Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 4:9
21 Iomraidhean Croise  

Semua raja akan bersujud di hadapannya, dan semua bangsa akan menjadi hambanya.


Aku membantu raja-raja menjalankan pemerintahan, dan aku menolong para penguasa menegakkan keadilan.


Kamu akan diusir daripada masyarakat, lalu tinggal di tengah-tengah binatang buas. Kamu akan makan rumput seperti lembu selama tujuh tahun. Barulah kamu akan mengakui bahawa Allah Yang Maha Tinggi mempunyai kuasa atas kerajaan manusia, dan Dia berkuasa memberikan kerajaan itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.”


Dia berkata, “Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku menyerahkan Yesus kepada kamu?” Mereka mengira tiga puluh keping wang perak lalu menyerahkan wang itu kepadanya.


Yesus menjawab, “Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ ”


Tibalah saatnya dunia dihakimi; sekarang penguasa dunia ini akan digulingkan.


Yesus tahu bahawa Bapa sudah menyerahkan segala kekuasaan kepada-Nya. Yesus juga tahu bahawa Dia datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah.


Aku tidak boleh berkata-kata lebih lama lagi dengan kamu, kerana sudah tiba masanya penguasa dunia ini datang. Dia tidak berkuasa atas diri-Ku.


Pendapat mereka tentang hukuman Allah pun salah, kerana penguasa dunia ini sudah dihukum.


Mereka tidak mahu percaya kepada berita yang kami khabarkan, kerana Iblis yang menguasai dunia ini menjadikan fikiran mereka tertutup. Mereka tidak dapat melihat cahaya yang menyinari mereka. Cahaya itu daripada Berita Baik tentang kemuliaan Kristus, yang merupakan gambaran Allah.


Pemimpin jemaah seharusnya bukan orang yang baru sahaja menjadi Kristian, kerana nanti dia menjadi sombong lalu terkutuk seperti Iblis dahulu.


Aku bersujud hendak menyembah dia, tetapi dia berkata kepadaku, “Jangan! Jangan sembah aku, sembahlah Allah! Aku pun hamba seperti engkau dan semua saudaramu, dan seperti semua orang yang berpegang teguh pada ajaran benar yang dinyatakan oleh Yesus.” Ajaran benar yang dinyatakan Yesus itulah yang mengilhami nabi-nabi.


Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan