Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Matius 2:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kŭrna kami tŭlah mŭlihat bintangnya dinŭgri timor, maka datanglah kami handak mŭnyŭmbah akan dia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Mereka bertanya, “Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Matius 2:2
28 Iomraidhean Croise  

Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci, Aku telah menabalkan raja-Ku.”


Dengarlah kata-kata hamba, hai permaisuri, lupakanlah bangsa serta kerabat tuanku.


Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu, dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.


TUHAN berfirman, “Masanya akan tiba apabila Aku melantik seorang raja yang adil daripada keturunan Daud. Raja itu akan memerintah dengan bijaksana, dan melakukan apa yang adil dan benar di seluruh negeri.


Kamu akan mengabdi kepada-Ku, TUHAN, Allah kamu, dan mengabdi kepada seorang keturunan Daud yang akan Kulantik sebagai raja.


Bersukacitalah, hai penduduk Sion! Bersoraklah, hai penduduk Yerusalem! Lihatlah, raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan, tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang keldai, dengan mengenderai anak keldai yang muda.


Aku melihat masa hadapan, aku nampak bangsa Israel. Daripada bangsa itu, seorang raja datang, raja itu seperti bintang cemerlang, yang muncul daripada Israel. Dia akan membinasakan para pemimpin Moab, dan menghancurkan semua orang Set.


Apabila mendengar hal itu, Raja Herodes resah gelisah, demikian juga semua penduduk Yerusalem.


“Katakanlah kepada kota Sion, Rajamu sedang datang kepada kamu. Dia rendah hati dan menunggang seekor keldai, Dia datang mengendarai anak keldai yang muda.”


Yesus berdiri di hadapan Gabenor Pilatus, dan Pilatus bertanya kepada-Nya, “Adakah kamu raja orang Yahudi?” “Begitulah yang tuan katakan,” jawab Yesus.


“Diberkatilah Dia yang datang dengan kuasa Tuhan! Sejahtera di syurga dan kemuliaan bagi Allah!”


Pada hari ini di kota Daud telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan.


Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?” Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”


Pada sebelah atas kayu salib Yesus, tertulis kata-kata: “Inilah Raja Orang Yahudi.”


Natanael berkata, “Guru, Guru Anak Allah! Guru Raja bangsa Israel!”


Mereka mengambil dahan-dahan pokok palma lalu pergi mengalu-alukan Yesus sambil berseru, “Pujilah Allah! Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan! Diberkatilah Raja Israel!”


Oleh itu Pilatus bertanya kepada-Nya, “Jika demikian, adakah kamu ini raja?” Yesus menjawab, “Kamu yang berkata bahawa Aku raja. Aku dilahirkan dan datang ke dunia untuk satu maksud sahaja; Aku datang untuk berkata tentang apa yang benar. Sesiapa yang menerima apa yang benar, mendengarkan Aku.”


Pilatus menyuruh orang memasang papan kenyataan pada kayu salib Yesus. Papan kenyataan itu bertulis: “Yesus dari Nasaret, Raja Orang Yahudi”.


Tomas berkata kepada Yesus, “Ya Tuhanku! Ya Allahku!”


Oleh itu semua orang menghormati Anak sebagaimana mereka menghormati Bapa. Orang yang tidak menghormati Anak, juga tidak menghormati Bapa yang mengutus Anak.


Orang itu menjawab, “Ya Tuhan, saya percaya.” Lalu dia sujud di hadapan Yesus.


Tetapi pada masa Allah mengutus Anak-Nya yang sulung ke dunia ini, Dia berfirman, “Semua malaikat Allah wajib menyembah Anak itu.”


“Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku supaya mengisytiharkan perkara-perkara ini kepada jemaah. Aku keturunan Daud; Aku bintang timur yang terang itu.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan