Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 4:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 TUAN tuan, handaklah kamu bri kapada hamba hambamu itu dŭngan sŭpatutnya, dan sama kŭdarnya, kŭrna kamu tŭlah mŭngatahui, bahwa kapadamu pua ada juga suatu Tuhau dalam shorga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Kamu sekalian yang menjadi tuan, berilah apa yang adil dan wajar kepada hamba-hambamu, kerana kamu tahu bahawa kamu pun mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 4:1
22 Iomraidhean Croise  

Bahkan raja pun bergantung kepada hasil tuaian.


Umat itu bertanya, “Apa gunanya kita berpuasa jika TUHAN tidak melihatnya? Mengapakah kita harus menahan diri daripada makanan jika Dia tidak memperhatikannya?” TUHAN berfirman kepada mereka, “Ketika kamu berpuasa, kamu mementingkan hal sendiri dan menindas pekerja-pekerja kamu.


Jangan perdayakan orang, dan jangan rompak sesiapa pun. Jangan tahan upah orang yang sudah bekerja untukmu, jangan tahan upahnya walaupun untuk satu malam.


TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Aku akan datang untuk menghakimi kamu. Aku akan segera menjadi saksi untuk menentang tukang-tukang sihir, orang yang berzina, orang yang memberikan kesaksian palsu, orang yang berlaku curang dalam hal memberikan gaji kepada pekerja, orang yang menindas balu, yatim piatu dan orang bangsa asing, serta terhadap semua orang yang tidak menghormati Aku.”


Dia berkata kepada mereka, ‘Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akan membayar kamu dengan upah yang berpatutan.’


Orang bangsawan itu dilantik menjadi raja, lalu pulang ke negerinya. Dengan segera dia menyuruh semua hambanya yang sudah menerima wang emas supaya datang menghadap. Raja hendak mengetahui keuntungan yang diperoleh mereka.


Hal itu demikian kerana pada masa Allah menghakimi manusia, Dia tidak akan mengasihani orang yang tidak berbelas kasihan. Tetapi orang yang berbelas kasihan tidak akan dihukum oleh Allah.


Kamu tidak membayar upah orang yang bekerja di ladang kamu. Dengarkanlah sungutan mereka! Orang yang menuai hasil ladang kamu berseru minta tolong dan seruan mereka sudah sampai ke telinga Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa.


Mereka akan berperang melawan Anak Domba. Tetapi Anak Domba itu dengan para pengikut-Nya yang setia, yang telah dipanggil dan dipilih oleh-Nya akan mengalahkan mereka. Dialah Tuhan Yang Agung dan Raja Yang Terutama.”


Pada jubah-Nya dan paha-Nya tertulis nama ini: “Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang Agung.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan