Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Kolose 1:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Kolose, yang setia bersatu dengan Kristus. Semoga Allah Bapa kita mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Iya itu datang kapada orang orang salih sŭrta saudara saudara mumin dalam Almasih, yang ada dinŭgri Kolossi, maka biarlah kiranya nihmat atas kamu, dan sŭjahtralah deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Kepada semua orang salih dan saudara-saudara yang setia dalam Kristus di Kolose: Kasih kurnia dan damai sejahtera daripada Bapa kita, Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Kolose, yang setia bersatu dengan Kristus. Semoga Allah Bapa kita mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Kolose 1:2
14 Iomraidhean Croise  

Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! Aku sangat ingin bersama-sama mereka.


Ananias menjawab, “Ya Tuhan, banyak orang sudah memberitahu aku tentang orang ini. Dia sudah melakukan banyak perkara yang kejam terhadap umat-Mu di Yerusalem.


Oleh itu aku menulis surat ini kepada kamu semua di Roma yang dikasihi oleh Allah, dan yang sudah dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.


Surat ini ditujukan kepada jemaah di Korintus, iaitu semua orang yang sudah dipanggil oleh Allah untuk menjadi umat-Nya kerana hidup bersatu dengan Kristus Yesus. Surat ini juga ditujukan kepada semua orang di mana sahaja yang menyembah Tuhan kita Yesus Kristus, iaitu Tuhan mereka dan Tuhan kita juga.


Bagi tujuan itu aku mengutus Timotius kepada kamu. Sebagai pengikut Kristus, dia seperti anakku sendiri yang aku kasihi, dan dia dapat dipercayai. Dia akan mengingatkan kamu cara hidup yang aku ikuti setelah aku percaya kepada Kristus Yesus, iaitu cara hidup yang aku ajarkan kepada jemaah di mana-mana.


Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan.


Abraham percaya lalu dia diberkati. Demikianlah Allah memberkati semua orang yang percaya kepada-Nya, seperti Dia memberkati Abraham.


Surat ini daripada Paulus, yang menjadi rasul Kristus Yesus kerana kehendak Allah. Surat ini ditujukan kepada umat Allah di Efesus yang setia dalam hidup yang bersatu dengan Kristus Yesus.


Tikhikus, saudara yang kita kasihi dan hamba yang setia dalam pekerjaan Tuhan, akan memberitahu kamu segala sesuatu tentang aku, supaya kamu mengetahui keadaanku.


Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah.


Kamu dipilih sesuai dengan rancangan Allah Bapa, dan dijadikan umat-Nya yang suci oleh Roh Allah, supaya kamu taat kepada Yesus Kristus dan disucikan oleh darah-Nya. Semoga Allah mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan dengan berlimpah-limpah.


Semoga Allah mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan yang berlimpah-limpah, kerana kamu mengenal Allah dan Yesus, Tuhan kita.


Semoga Allah memberikan berkat, kesejahteraan, dan rahmat dengan berlimpah-limpah kepada kamu.


Daripada Yohanes kepada jemaah di tujuh buah tempat di daerah Asia: Terimalah berkat dan kesejahteraan daripada Allah, iaitu Dia yang ada, yang sudah ada, dan yang akan datang, serta daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan