Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 8:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka, pada masa Aku membimbing mereka keluar dari negeri Mesir. Mereka tidak setia kepada perjanjian yang Aku buat dengan mereka, itulah sebabnya Aku tidak mempedulikan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Bukannya spŭrti waad yang tŭlah kudirikan kapada nenek moyang marika itu pada hari tŭtkala kupimpin tangannya akan mŭnghantarkan dia kluar deri bŭnua Masir; sŭbab marika itu tiada tinggal tŭtap dalam waadku itu, maka tiadalah kuindahkan marika itu lagi, fŭrman Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 tidak seperti perjanjian yang telah Kubuat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membimbing tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari Tanah Mesir, kerana mereka tidak terus-menerus memegang janji-Ku, lalu Aku berpaling daripada mereka; demikian firman Tuhan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka, pada masa Aku membimbing mereka keluar dari negeri Mesir. Mereka tidak setia kepada perjanjian yang Aku buat dengan mereka, itulah sebabnya Aku tidak mempedulikan mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 8:9
44 Iomraidhean Croise  

Lot berlambat-lambat, tetapi TUHAN mengasihani dia; oleh itu kedua-dua tetamunya memegang tangan Lot, isterinya, serta kedua-dua orang anak perempuannya, dan membawa mereka ke luar kota.


Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan orang yang setia, Dia tidak pernah menolong orang yang durjana.


Demikianlah Dia memimpin umat pilihan-Nya keluar; mereka menyanyi dengan gembira dan bersorak-sorai.


Engkau berjalan melalui ombak; Engkau menyeberangi lautan yang dalam, namun jejak kaki-Mu tidak kelihatan.


Mereka memberontak dan berkhianat seperti nenek moyang mereka; seperti anak panah yang bengkok, mereka tidak boleh diharap.


Mereka telah menyimpang daripada perintah-Ku. Mereka telah membuat sebuah patung lembu daripada emas leburan, lalu menyembahnya; mereka juga mempersembahkan korban kepadanya. Mereka berkata bahawa itulah tuhan mereka yang telah memimpin mereka keluar dari Mesir.


TUHAN berfirman kepada Musa, “Sekarang Aku membuat suatu perjanjian dengan umat Israel. Di depan mata mereka, Aku akan melakukan perkara-perkara besar, yang belum pernah dilakukan antara bangsa-bangsa di seluruh bumi. Semua bangsa akan melihat apa yang dapat Aku, TUHAN lakukan, kerana Aku akan melakukan perkara yang hebat untuk kamu.


Siapakah dia yang datang dari padang gurun, bersandar pada kekasihnya? Aku membangunkan engkau di bawah pokok epal, di tempat engkau dilahirkan.


Dia akan menjaga umat-Nya seperti seorang gembala; Dia akan mengumpulkan dan mendukung anak-anak domba, dan dengan lemah lembut, memimpin induk-induk domba.


Akulah TUHAN, Allah kamu; Aku menguatkan kamu dan berfirman, ‘Jangan takut, Aku akan menolong kamu.’ ”


Tiada sesiapa antara pendudukmu yang memimpinmu; tiada sesiapa antara penghunimu yang menuntunmu.


daripada segala penderitaan. Bukan utusan ataupun malaikat, tetapi TUHAN sendiri yang menyelamatkan mereka. Demi kasih dan belas kasihan-Nya Dia menyelamatkan mereka. Sejak dahulu Dia telah memelihara umat itu,


Perjanjian itu tidak seperti perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka ketika Aku menuntun mereka keluar dari Mesir. Walaupun Aku seperti seorang suami kepada mereka, namun mereka mengingkari perjanjian-Ku dengan mereka.


TUHAN tidak mempedulikan mereka lagi; Dia sendiri mencerai-beraikan mereka. Dia tidak lagi menghargai para imam atau mengasihani para pemimpin.


TUHAN Raja berfirman, “Aku akan memperlakukan engkau dengan sepatutnya, kerana engkau telah mengingkari janji-janjimu serta melanggar perjanjian yang Aku buat dengan engkau.


Ketika Aku lalu lagi, Aku sedar bahawa masamu untuk bercinta sudah tiba. Aku menutupi tubuhmu yang bogel dengan jubah-Ku. Aku berjanji akan mencintai engkau dan Aku membuat janji perkahwinan dengan engkau agar engkau menjadi milik-Ku.” Demikianlah firman TUHAN Raja.


Apabila kamu mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban untuk mengucap syukur kepada-Ku, Aku tidak akan menerimanya. Aku tidak akan menerima ternak yang gemuk, yang kamu persembahkan sebagai korban untuk memohon berkat, kepada-Ku.


Selain itu ada lagi yang kamu lakukan. Kamu menggenangi mazbah TUHAN dengan air mata; kamu menangis dan meratap kerana TUHAN tidak lagi menerima persembahan kamu.


Yesus memegang tangan orang buta itu lalu memimpinnya keluar dari pekan itu. Setelah Yesus meludahi mata orang itu, Dia meletakkan tangan-Nya pada mata orang itu, lalu bertanya kepadanya, “Dapatkah kamu lihat sesuatu?”


Tuhan akan menghukum kamu sekarang juga. Kamu akan menjadi buta, dan tidak dapat melihat cahaya matahari untuk sementara waktu.” Pada saat itu juga Elimas merasa kabus gelap menutupi matanya, sehingga dia berjalan sambil meraba-raba mencari orang yang dapat menuntunnya.


Musa memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir dengan melakukan berbagai-bagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah, dan kemudian di padang gurun selama empat puluh tahun.


Saulus berdiri lalu membuka matanya, tetapi dia tidak dapat melihat apa-apa. Oleh itu mereka memegang tangannya dan memimpin dia masuk ke Damsyik.


Peristiwa itu dapat digunakan sebagai kiasan. Kedua-dua orang wanita itu ibarat dua perjanjian. Hagar melambangkan perjanjian yang dibuat di Gunung Sinai, dan anak-anaknya dilahirkan sebagai abdi.


Inilah syarat-syarat perjanjian yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, untuk dibuat dengan umat Israel semasa mereka di tanah Moab. Perjanjian itu merupakan tambahan kepada perjanjian yang dibuat oleh TUHAN dengan mereka di Gunung Sinai.


Kamu berada di sini pada hari ini untuk mengikat perjanjian yang dibuat oleh TUHAN, Allah kamu dengan kamu, dan untuk menerima kewajipan-kewajipannya.


Jawapannya adalah, ‘Oleh sebab umat TUHAN itu memungkiri perjanjian yang dibuat mereka dengan TUHAN, Allah nenek moyang mereka, ketika Dia membawa mereka keluar dari Mesir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan