Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 8:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Dia bertugas sebagai Imam Agung di Bilik Maha Suci, di dalam Khemah Tuhan yang sejati dan yang didirikan oleh Tuhan, bukan oleh manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Iya itu sa’orang bŭrkhadam ditŭmpat yang suchi, dan dalam khemah sŭmbahyang yang bŭnar, yang tŭlah didirikan ulih Tuhan, bukannya ulih manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Dia ialah Penjawat yang berbakti di tempat suci dan di khemah sejati, yang dibina oleh Tuhan, bukan oleh manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Dia bertugas sebagai Imam Agung di Bilik Maha Suci, di dalam Khemah Tuhan yang sejati dan yang didirikan oleh Tuhan, bukan oleh manusia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 8:2
15 Iomraidhean Croise  

Khemah itu dan semua peralatannya harus dibuat menurut pelan yang akan Aku tunjukkan kepadamu.”


“Panggillah abangmu Harun dan anak-anaknya, Nadab, Abihu, Eleazar, dan Itamar. Khususkanlah mereka dari kalangan umat Israel, supaya mengabdikan diri kepada-Ku sebagai imam.


Jubah itu harus dipakai oleh Harun ketika dia bertugas sebagai imam. Apabila dia masuk ke hadirat-Ku di Bilik Suci, atau apabila dia meninggalkan tempat itu, bunyi loceng akan terdengar dan dia tidak akan dibunuh.


Bila-bila sahaja orang Israel berkhemah, Musa akan mengambil Khemah lalu memasangnya di luar kawasan perkhemahan mereka, tidak berapa jauh dari perkhemahan itu. Khemah itu dinamakan Khemah TUHAN. Sesiapa yang minta nasihat TUHAN akan pergi ke Khemah itu.


Kemudian Dia berkata kepada mereka, “Inilah perkara-perkara yang telah Aku beritahu kamu tatkala Aku masih bersama-sama kamu: Setiap perkara yang tertulis tentang diri-Ku di dalam Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Mazmur mesti berlaku.”


Ketahuilah bahawa Kristus menjadi hamba kepada orang Yahudi untuk menunjukkan bahawa Allah setia. Dia menepati semua janji yang dibuat-Nya dengan nenek moyang mereka.


Kami berkata demikian kerana kami tahu bahawa apabila khemah - iaitu tubuh yang kita diami di dunia ini - dirobohkan, Allah akan menyediakan tempat tinggal di syurga bagi kita. Tempat tinggal itu dibuat oleh Allah sendiri, dan tahan selama-lamanya.


Kerana bersatu dengan Kristus, kamu sudah disunat, bukan dengan sunat yang dilakukan oleh manusia, tetapi dengan sunat yang dilakukan oleh Kristus, yang membebaskan kamu daripada kuasa keinginan yang berdosa.


Setiap imam Yahudi menjalankan tugas tiap-tiap hari dan berulang kali mempersembahkan korban yang sama. Tetapi korban-korban itu sama sekali tidak dapat menghapuskan dosa.


Sekarang kita mempunyai imam agung, yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah.


Hal itu demikian kerana Abraham sedang menantikan kota yang kekal, kota yang dirancang dan dibina oleh Allah.


Perjanjian pertama mengandungi peraturan ibadat, dan mempunyai tempat ibadat buatan manusia.


Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia! Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan