Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 8:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 ADAPUN akan hal sagala pŭrkara yang tŭlah kami sŭbutkan itu, maka inilah jŭmŭlahnya: Bahwa adalah kapada kita sa’orang imam bŭsar, yang tŭlah didudokkan pada kanan singgahsana duli dalam shorga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pokok segala yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Besar yang duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Mulia di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Inilah perkara penting daripada apa yang kami katakan: Kita mempunyai Imam Agung seperti itu; Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah Yang Maha Besar di syurga.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 8:1
21 Iomraidhean Croise  

Engkau sungguh besar dan berkuasa. Engkau mulia, semarak, dan agung! Segala sesuatu di langit dan di bumi adalah milik-Mu. Engkaulah raja agung, penguasa atas segalanya.


Sinar keemasan kelihatan di utara, dan kemuliaan Allah mengagumkan kita.


Pujilah TUHAN, hai jiwaku! Ya TUHAN, Allahku, betapa agungnya Engkau! Engkau diliputi keagungan dan kemuliaan,


Mazmur Daud. TUHAN berfirman kepada tuanku raja, “Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga Aku menaklukkan musuhmu kepadamu.”


supaya semua orang mengetahui perbuatan-Mu yang hebat, dan pemerintahan-Mu yang mulia dan semarak.


Raja meminta hidup, maka Engkau pun memberikan hidup kepadanya, bahkan umur panjang untuk selama-lamanya.


Orang yang terselamat akan bernyanyi dengan sukacita. Orang di barat akan memberitakan keagungan TUHAN,


dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka.


Setelah Tuhan Yesus berkata-kata dengan mereka, Dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah kanan Allah.


Kerana Berita Baik itulah, aku menjadi seorang duta, walaupun aku sekarang dipenjarakan. Berdoalah supaya aku berani berkata-kata tentang Berita Baik itu, sebagaimana yang harus aku lakukan.


Kamu sudah dihidupkan semula bersama-sama Kristus. Oleh itu kamu harus mengingini perkara-perkara yang di syurga, di tempat Kristus duduk di atas takhta di sebelah kanan Allah.


Allah tidak pernah berfirman kepada malaikat-Nya yang mana pun begini, “Duduklah di sebelah kanan-Ku, sehingga musuh-musuh-Mu Aku jadikan alas kaki-Mu.”


Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.


Sebaliknya, Kristus mempersembahkan hanya satu korban untuk pengampunan dosa, dan korban itu berlaku untuk selama-lamanya. Setelah itu Dia duduk di sebelah kanan Allah.


Hendaklah pandangan kita tertumpu kepada Yesus, kerana iman kita bergantung kepada-Nya dari permulaan sehingga akhir. Yesus tidak putus asa, walaupun Dia harus mati pada kayu salib. Sebaliknya, kerana kegembiraan yang menantikan-Nya, Yesus tidak peduli bahawa mati pada kayu salib adalah suatu hal yang memalukan. Sekarang Dia duduk di sebelah kanan takhta Allah.


Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan. Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan.


Saudara-saudara Kristian yang dipanggil oleh Allah! Cuba fikirkan sedalam-dalamnya hal ini: Yesus diutus oleh Allah untuk menjadi Imam Agung bagi kepercayaan yang kita anut.


Oleh itu, hendaklah kita berpegang teguh kepada pengakuan iman kita, kerana kita mempunyai Imam Agung yang besar, yang sudah masuk ke hadirat Allah. Dia Yesus, Anak Allah.


Mereka yang menang akan Aku benarkan duduk di takhta-Ku, sebagaimana Aku sendiri sudah menang dan sekarang duduk bersama-sama Bapa-Ku di takhta-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan