Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 7:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Lalu Abraham memberi Melkisedek sepersepuluh daripada segala apa yang dirampasnya. (Pertama sekali nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan.” Oleh sebab dia raja Salem, namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

2 Dan kapada iyalah juga dibri ulih Ibrahim bahgian skalian spuloh asa; pŭrtama tama, arti namanya itu raja bŭnar, dan kumdian deripada itu raja Salem pula, iya itu raja pŭrdamiean;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Kepadanya juga Abraham menyerahkan sepersepuluh daripada segala yang dibawanya. Melkisedek mula-mula diterjemahkan sebagai “raja perbenaran”; kemudian dia dipanggil juga sebagai “raja Salem”, bermakna “raja kesejahteraan.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Lalu Abraham memberi Melkisedek sepersepuluh daripada segala apa yang dirampasnya. (Pertama sekali nama Melkisedek bermakna “Raja Keadilan.” Oleh sebab dia raja Salem, namanya juga bermakna “Raja Kesejahteraan.”)

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 7:2
26 Iomraidhean Croise  

Batu peringatan yang sudah aku tegakkan ini akan menjadi tempat Engkau disembah dan aku akan memberi Engkau sepersepuluh daripada segala sesuatu yang Engkau berikan kepadaku.”


Allah Israel sudah berfirman; pelindung Israel berfirman kepadaku, “Raja yang memerintah dengan adil, yang memerintah dengan ketaatan kepada Allah,


Raja Daud memerintah di seluruh Israel dan memastikan supaya rakyatnya selalu diperlakukan dengan adil dan baik.


Meskipun begitu Dia telah berjanji kepada beta. Firman-Nya, ‘Engkau akan mendapat seorang anak lelaki, dan dia akan memerintah dengan aman kerana Aku akan menolong dia sehingga tiada musuh yang memerangi dia. Dia akan dinamakan Salomo, kerana pada zaman pemerintahannya, Aku akan membuat Israel aman dan tenteram.


Semoga keadilan berkembang pada zaman raja, dan kemakmuran kekal selama bulan bercahaya.


Seekor daripada tiap-tiap sepuluh ekor binatang ternakan adalah milik TUHAN. Apabila binatang itu dihitung, tiap-tiap yang kesepuluh menjadi milik TUHAN.


Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.


TUHAN berfirman, “Semua persepuluhan yang dipersembahkan umat Israel kepada-Ku akan Kuberikan kepada orang Lewi. Itulah ganjaran bagi pekerjaan mereka di Khemah-Ku.


“Seorang anak dara akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu akan dinamakan Imanuel.” (Dalam bahasa Ibrani, Imanuel bererti, “Allah menyertai kita”).


“Termulialah Allah di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya!”


Tetapi sekarang Dia bertindak terhadap dosa untuk menyatakan keadilan-Nya. Dengan cara itu Allah menunjukkan bahawa Dia adil, dan bahawa Dia menyatakan semua orang yang percaya kepada Yesus sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah.


Imam Melkisedek ialah raja Salem dan imam Allah Yang Maha Tinggi. Ketika Abraham balik dari peperangan mengalahkan empat orang raja, Melkisedek menjumpainya dan memberkatinya.


Tidak ada catatan tentang ibu bapa Melkisedek ataupun nenek moyangnya. Tidak ada catatan tentang kelahirannya ataupun kematiannya. Dia seperti Anak Allah; dia menjadi imam selama-lamanya.


Ladang dan ladang anggur kamu akan dikenakan cukai sepuluh peratus daripada hasilnya, lalu raja akan memberikannya kepada para pegawai dan pegawai tentera raja.


Raja kamu itu akan mengambil sepuluh peratus daripada semua ternakan kamu. Bahkan kamu sendiri akan menjadi hamba raja.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan