Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 4:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Tetapi kita yang percaya kepada Allah, menerima rehat yang dijanjikan oleh Allah. Hal itu sesuai dengan yang difirmankan-Nya, “Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’ ” Allah berfirman demikian meskipun kerja-Nya telah selesai sejak Dia menciptakan dunia ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna kami ini yang tŭlah pŭrchaya, masoklah kadalam pŭrhŭntian itu, spŭrti fŭrman Tuhan, Adapun spŭrti aku tŭlah bŭrsumpah dŭngan morkaku, bahwa tiadalah bulih marika itu masok kadalam pŭrhŭntianku; maka sungguh pun pŭkŭrjaan itu sudah sŭlŭsie deripada kajadian alas dunia ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Kita yang telah beriman memang masuk ke dalam peristirahatan itu, sebagaimana firman-Nya: “Maka Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku, ‘mereka tidak akan masuk ke dalam peristirahatan-Ku,’ ” walaupun pekerjaan-Nya telah selesai sejak dunia diasaskan.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Tetapi kita yang percaya kepada Allah, menerima rehat yang dijanjikan oleh Allah. Hal itu sesuai dengan yang difirmankan-Nya, “Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’ ” Allah berfirman demikian meskipun kerja-Nya telah selesai sejak Dia menciptakan dunia ini.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 4:3
15 Iomraidhean Croise  

Allah memandang semua yang sudah dijadikan-Nya dan Dia sangat berpuas hati. Setelah malam dan pagi berlalu, itulah hari yang keenam.


Aku murka lalu bersumpah bahawa mereka tidak sekali-kali akan masuk ke negeri itu, tempat Aku memberi mereka rehat.”


Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu, tetapi pada hari yang ketujuh Aku berehat. Itulah sebabnya Aku, TUHAN, memberkati hari Sabat dan mengekhaskannya bagi-Ku.


Dia menawarkan rehat dan keselesaan kepada kamu semua, tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Dia.


TUHAN berfirman kepada umat-Nya, “Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram.” Tetapi mereka berkata, “Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!”


Aku akan menyingkirkan orang yang memberontak dan berdosa di kalangan kamu. Aku akan membawa mereka keluar dari negeri-negeri tempat mereka tinggal sekarang, dan Aku tidak akan mengizinkan mereka kembali ke negeri Israel. Barulah kamu tahu bahawa Akulah TUHAN.”


Yesus berbuat demikian supaya berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi, “Aku akan menggunakan perumpamaan apabila bertutur dengan mereka; Aku akan memberitahu mereka perkara-perkara yang tersembunyi sejak dunia diciptakan.”


Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Allah yang telah disediakan oleh Allah untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya.


Sebelum dunia ini diciptakan, Allah telah memilih kita untuk menjadi umat-Nya melalui hidup bersatu dengan Kristus, supaya kita menjadi suci dan tidak bercela di hadirat-Nya. Kerana kasih-Nya,


Aku murka dan bersumpah, ‘Mereka tidak akan masuk ke negeri itu untuk mendapat rehat bersama-sama Aku!’ ”


Kita semua rakan seperjuangan Kristus, sekiranya sampai akhir kita memegang teguh keyakinan yang kita miliki pada mulanya.


kerana jika demikian, Dia harus menderita berulang kali sejak dunia ini dijadikan. Sebaliknya, sekarang pada zaman akhir ini Dia menunjukkan diri satu kali sahaja untuk selama-lamanya, bagi menghapuskan dosa dengan mengorbankan diri-Nya sendiri.


Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini, Dia datang untuk menyelamatkan kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan