Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 3:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 ‘Di sana nenek moyang kamu menguji Aku dan mencubai Aku,’ firman Allah, ‘meskipun mereka telah melihat apa yang Aku lakukan selama empat puluh tahun.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

9 Tŭtkala nenek moyangmu mŭnguji akan daku, dan mŭnchobai aku, dan mŭlihat pŭkŭrjaanku ampat puloh tahun lamanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 ketika nenek moyangmu menguji-Ku, menduga-Ku, meskipun mereka telah melihat perbuatan-Ku selama empat puluh tahun.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 ‘Di sana nenek moyang kamu menguji Aku dan mencubai Aku,’ firman Allah, ‘meskipun mereka telah melihat apa yang Aku lakukan selama empat puluh tahun.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 3:9
17 Iomraidhean Croise  

Di sana mereka menguji dan mencuba Aku, sungguhpun mereka sudah melihat perbuatan-Ku.


“Kamu telah melihat apa yang Aku lakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku membawa kamu kepada-Ku di tempat ini, seperti seekor burung helang yang membawa anaknya di atas sayapnya.


TUHAN menyuruh Musa berkata kepada orang Israel, “Kamu telah melihat bagaimana Aku, TUHAN telah berfirman kepada kamu dari langit.


Aku sudah membawa kamu keluar dari Mesir dan memimpin kamu melalui padang gurun selama 40 tahun. Aku sudah memberikan negeri orang Amori kepada kamu supaya menjadi negeri kamu sendiri.


Anak-anak kamu akan mengembara di padang gurun selama empat puluh tahun. Kerana kamu tidak setia, anak-anak kamu itu akan sengsara, sehingga kamu semua mati.


Oleh itu Yesus menjawab utusan-utusan Yohanes, “Pulanglah, beritahu Yohanes apa yang telah kamu lihat dan dengar: orang buta melihat, orang lumpuh berjalan, orang berpenyakit kulit yang mengerikan menjadi sembuh, orang tuli mendengar, orang mati dibangkitkan semula, dan Berita Baik daripada Allah dikhabarkan kepada orang miskin.


Tetapi Barnabas dan Saulus ditentang oleh Elimas ahli sihir itu (itulah namanya dalam bahasa Yunani), kerana Elimas cuba menghalang gabenor itu percaya kepada Yesus.


Musa memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir dengan melakukan berbagai-bagai mukjizat dan keajaiban di Mesir, di Laut Merah, dan kemudian di padang gurun selama empat puluh tahun.


Sesungguhnya, kamulah yang sudah melihat segala perkara besar itu yang dilakukan oleh TUHAN.”


Musa menyuruh semua orang Israel berkumpul lalu berkata kepada mereka, “Kamu sendiri melihat apa yang sudah dilakukan TUHAN terhadap raja Mesir, pegawai-pegawainya, dan seluruh negerinya.


Kamu sendiri sudah nampak apa yang dilakukan oleh TUHAN di Gunung Peor. Di sana Dia membinasakan tiap-tiap orang yang memuja Baal,


Berjaga-jagalah! Pastikanlah bahawa selama kamu hidup, kamu tidak sekali-kali lupa akan perkara yang sudah kamu lihat dengan mata kamu sendiri. Beritahulah anak cucu kamu


Ingatlah bagaimana TUHAN, Allah kamu memimpin kamu dalam perjalanan jauh di padang gurun selama empat puluh tahun yang lampau; Dia mendatangkan kesukaran untuk menguji kamu supaya Dia dapat mengetahui isi hati kamu, dan mengetahui sama ada kamu akan taat kepada perintah-Nya atau tidak.


Selama empat puluh tahun itu, pakaian kamu tidak menjadi usang, dan kaki kamu tidak menjadi bengkak.


Kamu telah melihat segala yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu terhadap bangsa-bangsa ini untuk kamu. TUHAN, Allah kamu telah berperang untuk kamu.


mereka berseru kepada-Ku minta tolong; Aku mendatangkan kegelapan di antara mereka dan orang Mesir. Aku menutupi orang Mesir dengan air laut sehingga mereka mati lemas. Kamu tahu apa yang Aku lakukan terhadap Mesir. Lama sekali kamu tinggal di gurun.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan