Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 3:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Orang yang membina sebuah rumah mendapat kehormatan yang lebih besar daripada rumah itu sendiri. Demikian juga Yesus layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih besar daripada Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

3 Kŭrna layaklah juga orang ini akan mŭndapat kamulian tŭrlebih deripada Musa, spŭrti orang yang mŭmbanggunkan rumah itu dihormati tŭrlebih deripada rumah itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

3 Dia dikira layak menerima lebih banyak kemuliaan daripada Musa, sebagaimana pembina rumah lebih dimuliakan daripada rumah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Orang yang membina sebuah rumah mendapat kehormatan yang lebih besar daripada rumah itu sendiri. Demikian juga Yesus layak mendapat kemuliaan yang jauh lebih besar daripada Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 3:3
11 Iomraidhean Croise  

Dia berfirman, “Zerubabel telah meletakkan batu asas Rumah-Ku, dan dia akan menyelesaikan bangunan itu. Jika hal itu berlaku, umat-Ku akan tahu bahawa Akulah yang telah mengutus engkau, Zakharia, kepada mereka.


Oleh itu ketahuilah, engkau Petrus, batu yang kuat. Dengan beralaskan batu inilah, Aku akan membina jemaah-Ku. Bahkan maut pun tidak dapat memusnahkannya!


Kami orang yang bekerja bersama-sama untuk Allah, dan kamu bagaikan ladang Allah. Kamu juga bagaikan bangunan Allah.


Taurat itu diukir pada batu tulis dan kemuliaan Allah kelihatan pada masa Taurat itu diberikan. Walaupun cahaya kemuliaan Allah pada wajah Musa mula pudar, cahaya itu masih begitu gemilang sehingga orang Israel tidak dapat memandang muka Musa. Jika Taurat yang membawa kematian itu diberikan dengan kemuliaan seperti itu,


Kristuslah kepala jemaah, iaitu tubuh-Nya. Dialah sumber kehidupan jemaah itu. Dialah Anak sulung Allah; Allah membangkitkan Dia daripada kematian, supaya Kristus sahaja yang menjadi terutama daripada segala sesuatu.


Tetapi kita sudah melihat Yesus berkuasa! Untuk seketika, Dia dijadikan sedikit lebih rendah daripada malaikat, supaya dengan rahmat Allah, Dia dapat mati untuk semua orang. Sekarang kita melihat Dia dikurniai kemuliaan dan kehormatan kerana Dia sudah menderita sampai mati.


Memang tiap-tiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Allah yang membina segala sesuatu.


Tetapi Kristus setia sebagai Anak yang bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Kitalah rumah Allah, sekiranya kita tetap bersemangat dan tetap yakin untuk mendapat apa yang kita harapkan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan