Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ibrani 10:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Darah lembu jantan dan darah kambing tidak dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

4 Kŭrna mustahil adanya darah lŭmbu jantan atau kambing itu bulih mŭnghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Tidaklah mungkin darah lembu jantan dan kambing dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Darah lembu jantan dan darah kambing tidak dapat menghapuskan dosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ibrani 10:4
19 Iomraidhean Croise  

Ya Allah, lepaskanlah aku daripada maut, dan selamatkanlah aku, lalu dengan sukacita aku akan memberitakan keadilan-Mu.


Umat itu berbuat sesuka hati mereka. Bagi mereka tidak ada perbezaannya sama ada mereka menyembelih lembu jantan ataupun membunuh manusia untuk dipersembahkan sebagai korban, sama ada mereka mempersembahkan anak domba atau mematahkan leher anjing, sama ada mereka mempersembahkan bijirin ataupun darah babi; sama ada mereka membakar kemenyan ataupun berdoa kepada berhala. Mereka suka cara penyembahan yang menjijikkan.


Apakah gunanya kemenyan dari Syeba yang dibawa mereka kepada-Ku, atau rempah-rempah dari negeri jauh? Aku tidak mahu menerima persembahan mereka. Aku tidak suka akan korban-korban mereka.


Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.


Aku lebih ingin kamu mengasihi Aku daripada kamu mempersembahkan korban kepada-Ku. Aku lebih suka kamu mengenal Aku daripada membakar korban untuk-Ku.


Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.”


Keesokan harinya Yohanes nampak Yesus datang kepadanya. Lalu Yohanes berkata, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapus dosa dunia!


Aku akan membuat perjanjian ini dengan mereka, pada waktu Aku mengampunkan dosa mereka.”


Taurat orang Yahudi bukanlah gambaran lengkap dan sempurna tentang perkara-perkara yang sebenarnya, tetapi hanya bayangan daripada perkara-perkara baik yang akan datang. Tahun demi tahun korban yang sama dipersembahkan. Bagaimanakah Taurat, melalui korban-korban ini dapat menyempurnakan orang yang datang menyembah Allah?


Setiap imam Yahudi menjalankan tugas tiap-tiap hari dan berulang kali mempersembahkan korban yang sama. Tetapi korban-korban itu sama sekali tidak dapat menghapuskan dosa.


Mula-mula Kristus berkata, “Engkau tidak menghendaki korban dan persembahan; Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa.” Dia berkata demikian meskipun segala korban itu dipersembahkan menurut Taurat.


Hal ini melambangkan zaman sekarang. Maknanya, semua persembahan dan korban binatang yang dipersembahkan kepada Allah tidak dapat menyempurnakan hati nurani orang yang membawa persembahan.


Kamu tahu bahawa Kristus datang untuk menghapuskan dosa manusia, dan bahawa pada diri-Nya tidak ada dosa.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan