Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Hosea 7:5 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Pada hari pesta raja, mereka membuat raja serta pegawai-pegawainya minum wain sampai mabuk dan melakukan hal-hal yang bodoh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

5 Pada hari perayaan raja kita, para pembesar menyusahkan diri dengan mabuk air anggur, manakala raja bersepakat dengan para pencemuh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Pada hari pesta raja, mereka membuat raja serta pegawai-pegawainya minum wain sampai mabuk dan melakukan hal-hal yang bodoh.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Hosea 7:5
20 Iomraidhean Croise  

Tiga hari kemudian, pada hari keputeraan raja, raja mengadakan jamuan besar bagi semua pegawainya. Raja memerintahkan supaya pengurus minuman dan pengurus roti dikeluarkan dari penjara, lalu dibawa ke hadapan semua pegawai istana.


Apabila Raja Yerobeam mendengar hal itu, baginda bertitah sambil menunjuk nabi itu, “Tangkap dia!” Ketika itu juga lengan raja menjadi kejang sehingga baginda tidak dapat menariknya semula.


Berbahagialah orang yang tidak mengikut nasihat orang jahat, tidak mengikut contoh orang yang berdosa, atau bergaul dengan orang yang menghina Allah,


Ketika aku mengenakan pakaian perkabungan, mereka mentertawakan aku.


Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.


Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk.


Malanglah kerajaan Israel! Kemuliaannya telah pudar seperti karangan bunga yang layu di atas kepala pemimpin-pemimpinnya yang mabuk. Malanglah kota yang menjulang tinggi di tengah lembah subur, kebanggaan orang yang terbaring mabuk dan tidak sedar lagi.


Sekarang dengarkanlah firman TUHAN, hai pengejek-pengejek yang memerintah penduduk Yerusalem.


Tuanku telah menentang Tuhan penguasa di syurga. Tuanku telah menggunakan mangkuk-mangkuk yang diambil dari Rumah TUHAN. Tuanku, para pembesar tuanku, semua isteri, dan gundik tuanku telah minum wain daripada mangkuk-mangkuk itu, serta memuji dewa-dewa yang dibuat daripada emas, perak, gangsa, besi, kayu, dan batu - dewa-dewa yang tidak dapat melihat, atau mendengar, atau mengetahui apa-apa. Tuanku tidak menghormati Allah yang berkuasa menentukan sama ada tuanku hidup atau mati, dan yang menguasai segala perbuatan tuanku.


TUHAN berfirman, “Dengan tipu daya dan perbuatan jahat, rakyat cuba menyenangkan hati raja dan pegawai-pegawainya.


Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodias menari di hadapan para hadirin dan menghiburkan hati Herodes.


Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat Galilea.


Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan