Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 3:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Akhirnya, saudara-saudaraku, semoga kamu bersukacita kerana telah hidup bersatu dengan Tuhan. Aku tidak berkeberatan mengulangi apa yang telah aku tulis dahulu, kerana hal itu baik untuk keselamatan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

1 MAKA akhirnya, hie sagala saudaraku, handaklah kamu bŭrsukachita kŭrna Tuhan, akan mŭnyuratkan deri hal sama pŭrkara itu, iya itu tiada mŭnjadikan kasusahan bagieku, mŭlainkan iya itu mŭndatangkan aman kapada kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Akhir kata, saudara-saudaraku, bersukacitalah dalam Tuhan! Bagiku menuliskan perkara yang sama kepadamu tidaklah menjemukan, dan ini memastikan keselamatanmu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Akhirnya, saudara-saudaraku, semoga kamu bersukacita kerana telah hidup bersatu dengan Tuhan. Aku tidak berkeberatan mengulangi apa yang telah aku tulis dahulu, kerana hal itu baik untuk keselamatan kamu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 3:1
46 Iomraidhean Croise  

Segenap rakyat Israel mengiringi Tabut Perjanjian sampai ke Yerusalem dengan sorak-sorai gembira, serta bunyi trompet, nafiri, simbal, dan kecapi.


Dialah TUHAN Yang Esa; bersukacitalah kerana kita milik-Nya; semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!


Pada hari itu mereka makan dan minum dengan gembira di hadapan TUHAN. Kemudian untuk kali kedua mereka mengisyhtiharkan Salomo sebagai raja. Atas nama TUHAN, mereka melantik Salomo menjadi raja, dan Zadok menjadi imam.


Pulanglah dan adakanlah jamuan makan. Bahagikanlah makanan dan wain kamu kepada mereka yang kekurangan. Hari ini hari yang khas bagi Tuhan kita. Oleh itu janganlah berdukacita. Kesukaan yang diberikan oleh TUHAN kepada kamu akan menguatkan kamu.”


Barulah engkau akan mempercayai Allah selalu, dan mendapati Dia adalah sumber kegiranganmu.


Bergembiralah, hai orang Israel, kerana Pencipta kamu; bersukacitalah, hai penduduk Sion, kerana Raja kamu!


Bergembiralah dan bersukacitalah, hai orang yang salih, kerana segala perbuatan TUHAN. Bersoraklah dan bersukacitalah, hai semua orang yang tulus hati.


Hai orang salih, bersoraklah dengan gembira kerana segala yang dilakukan TUHAN; pujilah Dia, hai semua orang yang taat kepada-Nya!


Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN, dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.


Siang malam aku menangis, hanya air mata makananku; sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku, “Di manakah Allahmu?”


Hukumlah mereka, ya Allah; biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri. Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak itu serta pemberontakan mereka terhadap-Mu.


TUHAN itu raja! Hai bumi, bersukacitalah! Hai pulau-pulau di laut, bergembiralah!


Kamu akan menampi semuanya, lalu semua itu diterbangkan angin, dan dihamburkan taufan. Lalu kamu akan bersukacita kerana Aku Allah kamu; kamu akan memuji Aku, Allah Israel, Allah yang suci.


Yerusalem bersukacita kerana hal yang telah dilakukan TUHAN. Keadaan Yerusalem seperti seorang pengantin yang memakai perhiasan serba indah. Begitulah Allah mengenakan keselamatan dan kemenangan pada Yerusalem.


Mereka akan menyanyi dengan gembira, sedangkan kamu akan menangis dan putus asa.


Bersukacitalah, hai penduduk Sion, bergembiralah kerana apa yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu bagi kamu; Dia telah memberikan hujan yang cukup pada musim luruh, Dia telah menurunkan hujan pada musim sejuk dan hujan pada musim bunga seperti dahulu.


Hai umat Israel, hendaklah kamu bersorak dan bernyanyi! Hai penduduk Yerusalem, hendaklah kamu bergembira dengan segenap hati!


TUHAN, Allah kamu menyertai kamu; kamu menang kerana kuasa-Nya. TUHAN gembira dan bersukacita kerana kamu; Dia memberi kamu hidup baru kerana Dia mengasihi kamu. Kamu menyukakan hati-Nya, maka Dia akan menyanyi dengan gembira,


Penduduk Israel akan menjadi kuat seperti pahlawan, dan gembira seperti orang yang telah minum wain. Keturunan mereka akan ingat kemenangan ini, dan bersukacita kerana perbuatan TUHAN.


Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.”


jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,


Bukan itu sahaja; kita pun bersukacita kerana apa yang sudah dilakukan oleh Allah melalui Tuhan kita Yesus Kristus. Melalui Kristus, kita sekarang dijadikan sahabat-sahabat Allah.


Akhirnya, saudara-saudaraku, bersukacitalah! Berusahalah untuk menjadi sempurna; terimalah nasihatku. Hendaklah kamu sehati dan hidup rukun. Allah yang mengasihi kita dan mengurniai kita kedamaian akan menyertai kamu.


Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.


Kamu dan anak-anak kamu, bersama dengan hamba-hamba kamu dan orang Lewi yang tinggal di kota-kota kamu, harus makan persembahan itu hanya di hadirat TUHAN, Allah kamu, di satu tempat ibadat yang dipilih oleh TUHAN Allah kamu. Di tempat itu kamu harus bersukacita atas segala yang sudah kamu usahakan.


Bersukacitalah di hadirat TUHAN, bersama dengan anak-anak kamu, pekerja-pekerja kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Lakukanlah hal ini di satu tempat ibadat itu.


Tetapi kitalah orang yang sudah menerima sunat yang benar, bukan mereka. Kita menyembah Allah dengan pertolongan Roh-Nya dan kita bersukacita kerana hidup bersatu dengan Kristus. Kita tidak bergantung kepada upacara yang lahiriah.


Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah!


Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.


Akhirnya, saudara-saudaraku, kami telah memberikan teladan kepada kamu tentang cara hidup yang menyenangkan hati Allah. Aku tahu bahawa memang demikianlah cara kamu hidup. Tetapi sekarang demi nama Tuhan Yesus, kami meminta dan menggesa kamu supaya berbuat lebih daripada hal itu.


Hendaklah kamu sentiasa bersukacita,


Saudara-saudaraku! Anggaplah diri kamu berbahagia apabila mengalami bermacam-macam cubaan,


Inilah kesimpulannya: Hendaklah kamu semua seia sekata dan seperasaan. Hendaklah kamu saling mengasihi seperti orang yang bersaudara, dan hendaklah kamu saling berbelas kasihan dan bersikap rendah hati.


Sebaliknya, bersyukurlah kerana kamu turut menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian kamu akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak.


Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Inilah suratku yang kedua kepada kamu. Di dalam kedua-dua pucuk surat ini, aku berusaha untuk membangkitkan fikiran yang murni dengan mengingatkan kamu tentang perkara-perkara ini.


Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan