Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Filipi 1:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)

8 Kŭrna bahwasanya Allah juga saksiku, bagimanakah rindu dŭndamnya aku akan kamu, laksana jantong limpat Isa Almasih.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Allah menjadi saksiku bahawa aku amat merindui kamu dengan kasih Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Filipi 1:8
24 Iomraidhean Croise  

Ada pembelaku di syurga yang akan memberikan kesaksian bahawa aku tidak berdosa.


Aku mengeluh dengan sedih melihat keadaan Moab dan Kir-Heres.


Ya TUHAN, pandanglah kami dari syurga, tempat kediaman-Mu yang suci dan mulia. Di manakah kasih dan keperkasaan-Mu? Di manakah kasih dan belas kasihan-Mu? Janganlah tahan semua itu daripada kami.


Hai Israel, engkau anak kesayangan-Ku, anak tercinta, buah hati-Ku. Setiap kali Aku mengancam engkau, Aku mengingat engkau dengan rindu. Aku mengasihimu; Aku akan berbelas kasihan.


Allah kita pengasih dan penyayang. Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut. Dia akan memimpin kita ke jalan yang menuju kedamaian.”


Aku sentiasa mengingat kamu, setiap kali aku berdoa. Allah saksiku bahawa apa yang aku katakan itu benar. Dialah Allah yang aku taati dengan sepenuh hati dalam hal mengisytiharkan Berita Baik tentang Anak-Nya. Aku berdoa supaya Allah mengizinkan aku melawat kamu.


Apa yang aku katakan ini benar; aku milik Kristus dan aku tidak berdusta. Hati nuraniku yang dikuasai oleh Roh Allah, juga meyakinkan aku bahawa aku tidak berdusta.


Kami bergembira apabila kami lemah, tetapi kamu kuat. Kami berdoa supaya kamu menjadi sempurna.


Kami tidak menahan diri daripada mengasihi kamu; kamulah yang menahan diri daripada mengasihi kami.


Titus semakin mengasihi kamu, apabila dia teringat bagaimana kamu semua sedia mentaati arahannya, dan menyambut dia dengan hormat dan rendah hati.


Apa yang aku tulis ini benar. Allah tahu bahawa aku tidak berdusta.


Kerana kamu percaya kepada Kristus Yesus, maka kamu menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus.


Anak-anak yang aku kasihi! Kerana kamu, sekali lagi aku menderita. Aku menderita seperti seorang ibu yang menderita pada masa melahirkan anak. Aku akan terus menderita sehingga kamu memiliki sifat-sifat Kristus.


Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah, dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan.


Dia sangat ingin berjumpa dengan kamu semua, dan dia susah hati kerana kamu sudah mendengar bahawa dia sakit.


Oleh itu, saudara-saudaraku, demikianlah hendaknya kamu berdiri teguh dalam hidup yang bersatu dengan Tuhan. Aku sangat mengasihi dan sangat merindukan kamu! Kamu sungguh menggembirakan aku dan menyebabkan aku berasa bangga!


Aku ingin kamu tahu bahawa aku bekerja keras untuk kamu dan untuk mereka yang di Laodikia, serta untuk semua orang lain yang belum mengenal aku.


Kamu umat Allah. Allah mengasihi kamu dan memilih kamu supaya menjadi milik-Nya sendiri. Oleh itu, kamu harus berbelas kasihan, baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.


Kamu tahu bahawa kami tidak datang kepada kamu dengan kata-kata yang mengangkat, ataupun dengan maksud untuk mengambil untung daripada kamu. Allah saksi kami!


Kerana kami mengasihi kamu, kami bersedia mati bagi kamu di samping memberitahu kamu Berita Baik daripada Allah. Kami sangat mengasihi kamu!


Aku ingat akan tangisanmu dan aku ingin sekali berjumpa dengan engkau supaya aku benar-benar gembira.


Aku menghantar dia kembali kepadamu, dia yang sangat aku kasihi.


Oleh itu, demi Tuhan tolonglah aku dan gembirakanlah hatiku sebagai sesama saudara yang percaya kepada Kristus.


Jika seorang kaya melihat saudaranya yang miskin memerlukan pertolongan, tetapi tidak mahu menolong saudaranya itu, bagaimanakah dia dapat berkata bahawa dia mengasihi Allah?


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan