Filipi 1:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)1 Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah. Faic an caibideilKitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry)1 BAHWA Paulus dan Timothius, iya itu hamba hamba Isa Almasih, datang kapada sagala orang salih yang dalam agama Isa Almasih yang ada dinŭgri Filippi, sŭrta dŭngan sagala guru guru, dan sagala khadam khadam dalam agama. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo1 Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah: Faic an caibideilAlkitab Berita Baik1 Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah. Faic an caibideil |
Bukan sahaja hal-hal itu aku anggap merugikan, tetapi semua hal lain yang biasa aku lakukan, sekarang aku anggap merugikan. Dengan demikian aku akan mendapat apa yang jauh lebih menguntungkan, iaitu mengenal Kristus Yesus sebagai Tuhanku. Kerana Kristus, aku telah meninggalkan segala perkara yang biasa aku lakukan. Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus
Inilah makna yang dilambangkan oleh tujuh buah bintang yang engkau lihat di tangan kanan-Ku dan oleh tujuh buah kaki pelita daripada emas itu. Tujuh buah bintang itu melambangkan para malaikat daripada jemaah di tujuh buah tempat itu, dan tujuh buah kaki pelita itu melambangkan jemaah di tujuh buah tempat itu.”
Aku bersujud hendak menyembah dia, tetapi dia berkata kepadaku, “Jangan! Jangan sembah aku, sembahlah Allah! Aku pun hamba seperti engkau dan semua saudaramu, dan seperti semua orang yang berpegang teguh pada ajaran benar yang dinyatakan oleh Yesus.” Ajaran benar yang dinyatakan Yesus itulah yang mengilhami nabi-nabi.