Ester 9:3 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)3 Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai. Faic an caibideilAlkitab Versi Borneo3 Kesemua pegawai wilayah, wakil raja, pembesar, dan pentadbir kerajaan membantu orang Yahudi, kerana mereka dilanda oleh rasa takut terhadap Mordekhai. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik3 Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai. Faic an caibideil |
Oleh itu pada hari ketiga belas bulan satu, Haman memanggil para setiausaha raja. Haman menyuruh mereka menulis surat menurut segala yang diperintahkannya. Kemudian surat itu diterjemahkan ke dalam semua bahasa, dan disalinkan dalam semua tulisan yang digunakan di dalam kerajaan. Surat itu ditulis atas nama Raja Ahasyweros dan dimeteraikan dengan meterainya. Kemudian surat itu dikirim kepada semua penguasa, gabenor, dan pegawai.
Perkara itu berlaku pada hari kedua puluh tiga bulan ketiga, iaitu bulan Siwan. Mordekhai memanggil para setiausaha raja dan memerintah mereka menulis surat kepada orang Yahudi, para gabenor, pegawai pentadbir, dan pembesar di seluruh 127 buah wilayah kerajaan itu, dari India sampai ke Etiopia. Surat-surat itu ditulis kepada tiap-tiap wilayah dalam bahasa dan tulisan masing-masing. Dia juga mengirim surat kepada orang Yahudi dalam bahasa dan tulisan Yahudi.