Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 9:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Berkumpullah orang Yahudi di kota-kota raya mereka di seluruh wilayah Raja Ahasyweros untuk memusnahkan orang yang merancangkan kejahatan terhadap mereka. Tiada seorang pun yang dapat bertahan menghadapi mereka atas sebab semua bangsa dilanda oleh rasa takut terhadap orang Yahudi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 9:2
12 Iomraidhean Croise  

Pada masa Yakub dan keluarganya berangkat, Allah meliputi penduduk kota-kota di sekitar mereka dengan rasa takut, sehingga mereka tidak mengejar Yakub dan keluarganya.


Surat-surat itu membenarkan orang Yahudi di tiap-tiap kota untuk membela diri. Jika mereka, isteri dan anak mereka diserang di wilayah mana-mana pun oleh orang bersenjata daripada bangsa apa pun, mereka dibenarkan melawan dan membinasakan musuh itu. Mereka dibenarkan membunuh musuh sampai habis serta merampas harta musuh itu.


Di tiap-tiap kota dan wilayah, di mana sahaja titah raja itu dibacakan, orang Yahudi bersukacita, bergembira, dan berpesta. Bahkan banyak orang menjadi warga bangsa Yahudi kerana mereka takut terhadap bangsa itu.


Biarlah mereka yang menyerang aku dikalahkan serta dibinasakan! Biarlah mereka yang cuba mencelakakan aku dipermalukan dan dihinakan!


Sepanjang hari aku akan mengisahkan kesetiaan-Mu, kerana mereka yang cuba mencelakakan aku telah dikalahkan dan dipermalukan.


Aku akan menjadikan bangsa yang menentang kamu takut kepada-Ku. Aku akan mendatangkan kekeliruan antara bangsa yang kamu lawan, dan Aku akan menyebabkan semua musuh berpaling dan lari daripada kamu.


Berhimpunlah dengan ketakutan, hai bangsa-bangsa! Dengarlah, hai tempat-tempat yang jauh. Bersiaplah untuk berperang, tetapi hendaklah kamu takut! Ya, bersiap-siaplah, tetapi dengan rasa takut!


Tetapi Raja Sihon tidak membenarkan kita melintasi negerinya. Oleh itu, TUHAN, Allah kamu menyebabkan Raja Sihon keras kepala dan nekad untuk menentang kita, supaya kita dapat mengalahkan baginda dan merebut wilayahnya, yang kita duduki sampai sekarang.


TUHAN menyebabkan mereka nekad berperang dengan orang Israel, supaya mereka habis dibinasakan dan dibunuh tanpa kasihan. Itulah yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.


dan berkata kepada mereka, “Aku tahu bahawa TUHAN telah memberikan tanah ini kepada kamu. Semua orang di negeri ini takut kepada kamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan