Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 8:2 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Raja menanggalkan cincin meterai yang baru diambilnya semula daripada Haman, lalu memberikannya kepada Mordekhai. Ester pula melantik Mordekhai menjadi penguasa harta benda Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

2 Raja mencabut cincin materainya yang telah diambil kembali daripada Haman, dan mengurniakannya kepada Mordekhai. Lalu Ester pun mengangkat Mordekhai sebagai penguasa atas harta pusaka Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Raja menanggalkan cincin meterai yang baru diambilnya semula daripada Haman, lalu memberikannya kepada Mordekhai. Ester pula melantik Mordekhai menjadi penguasa harta benda Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 8:2
11 Iomraidhean Croise  

Semua perbuatannya yang besar dan hebat, termasuk kisah raja melantik Mordekhai sebagai pegawai tinggi, ada tercatat di dalam catatan rasmi raja-raja Persia dan Media.


Setelah mendengar perkara itu, raja menanggal cincin daripada jarinya; cincin itulah yang dipakainya untuk memeteraikan pengisytiharan rasmi. Raja memberikan cincin itu kepada musuh besar orang Yahudi, iaitu Haman anak Hamedata, keturunan Agag.


Selepas itu Ester menghadap raja lagi sambil bersujud dan menangis. Dia memohon agar raja menghentikan komplot yang dirancang oleh Haman, keturunan Agag, terhadap orang Yahudi.


Berharaplah kepada TUHAN dan taatilah perintah-Nya; Dia akan memberi kamu negeri ini untuk menghormatimu, dan kamu akan melihat orang jahat dihalau.


Selepas itu raja menganugerahi Daniel kedudukan yang tinggi, memberinya hadiah-hadiah yang istimewa, melantik dia menjadi penguasa wilayah Babel dan ketua penasihat raja.


Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, ‘Cepat, bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan