Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 8:1 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Pada hari itu juga, Raja Ahasyweros memberi Permaisuri Ester semua harta Haman, musuh orang Yahudi. Ester memberitahu raja bahawa Mordekhai ialah sepupunya. Sejak itu Mordekhai diberikan hak untuk menghadap raja tanpa dipanggil lebih dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

1 Pada hari itu juga Raja Ahasyweros mengurniakan harta pusaka Haman, musuh orang Yahudi itu, kepada Ratu Ester. Lalu datanglah Mordekhai menghadap raja, kerana Ester telah memberitahu fasal pertalian Mordekhai dengannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Pada hari itu juga, Raja Ahasyweros memberi Permaisuri Ester semua harta Haman, musuh orang Yahudi. Ester memberitahu raja bahawa Mordekhai ialah sepupunya. Sejak itu Mordekhai diberikan hak untuk menghadap raja tanpa dipanggil lebih dahulu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 8:1
12 Iomraidhean Croise  

Mordekhai mempunyai sepupu yang bernama Ester. Nama Ibraninya ialah Hadasa. Ester seorang gadis yang berwajah cantik dan bertubuh molek. Ibu bapa Ester sudah meninggal, lalu dia menjadi anak angkat Mordekhai. Dia diasuh sebagai anak Mordekhai sendiri.


Orang baik akan mewariskan hartanya kepada anak cucu, sedangkan harta orang berdosa diwarisi oleh orang yang lurus hati.


Kemudian tibalah giliran Ester untuk menghadap raja. Ester ialah anak Abihail, dan sepupu Mordekhai, yang sudah memeliharanya seperti anaknya sendiri. Ester dikagumi oleh setiap orang yang melihatnya. Apabila gilirannya tiba, Ester berpakaian menurut petunjuk dan nasihat Hegai, sida-sida yang menjadi ketua istana wanita itu.


Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan! Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa. Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,


Tetapi Allah berkata kepadanya, ‘Hai bodoh! Malam ini juga engkau mesti menyerahkan nyawamu! Lalu siapakah yang akan mendapat segala harta yang telah engkau kumpulkan untuk dirimu sendiri itu?’ ”


Ester menjawab, “Musuh dan penganiaya kami ialah Haman, orang yang jahat ini!” Haman memandang raja dan permaisuri dengan sangat ketakutan.


Sesiapa yang menjadi kaya dengan mengenakan kadar bunga wang yang tinggi serta memperdaya orang lain, hartanya akan menjadi milik orang yang berbelas kasihan kepada orang miskin.


Para penasihat raja yang paling sering dipanggil ialah Karsena, Setar, Admata, Tarsis, Meres, Marsena, dan Memukan. Mereka pegawai Persia dan Media yang memangku kedudukan paling tinggi dalam kerajaan itu.


Raja Ahasyweros bertitah kepada Permaisuri Ester dan Mordekhai, orang Yahudi itu, “Beta sudah menjatuhkan hukuman gantung kepada Haman kerana komplotnya terhadap orang Yahudi, dan beta sudah memberikan semua hartanya kepada Ester.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan