Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:9 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Seorang antara mereka yang bernama Harbona berkata, “Haman sudah membina tiang penggantungan dekat rumahnya untuk menggantung Mordekhai yang sudah menyelamatkan tuanku. Tiang itu setinggi 22 meter.” Raja bertitah, “Gantunglah Haman pada tiang itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

9 Harbona, salah seorang sida yang melayani raja, berkata, “Di rumah Haman sudah ada tempat penggantungan daripada kayu setinggi lima puluh hasta. Haman membuatnya untuk Mordekhai, orang yang menyelamatkan raja dengan pelaporannya itu.” Kata raja, “Gantung dia pada tempat penggantungan itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Seorang antara mereka yang bernama Harbona berkata, “Haman sudah membina tiang penggantungan dekat rumahnya untuk menggantung Mordekhai yang sudah menyelamatkan tuanku. Tiang itu setinggi 22 meter.” Raja bertitah, “Gantunglah Haman pada tiang itu!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:9
20 Iomraidhean Croise  

Raja Yehu melihat ke atas lalu bertitah, “Adakah sesiapa yang memihak beta?” Ada dua atau tiga orang pegawai istana melihat ke bawah dari sebuah jendela.


Pada hari ketujuh jamuan itu, raja minum sehingga berasa sangat gembira. Kemudian raja memanggil tujuh orang sida-sida yang menjadi pelayan peribadinya: Mehuman, Bizta, Harbona, Bigta, Abagta, Zetar, dan Karkas.


Setelah mendengar hal itu, isterinya dan semua sahabatnya berkata, “Dirikanlah sebuah tiang penggantungan setinggi 22 meter, dan pagi-pagi esok mintalah supaya raja menjatuhkan hukuman gantung kepada Mordekhai. Kemudian kamu dapat menghadiri jamuan itu dengan hati yang lega.” Haman berpendapat bahawa cadangan itu baik. Oleh itu dia menyuruh orang membina tiang penggantungan itu.


Sementara mereka masih bercakap-cakap, sida-sida dari istana datang dengan tergesa-gesa untuk membawa Haman ke jamuan makan yang diberikan oleh Ester.


Bahagian yang dibaca termasuk catatan bahawa Mordekhai sudah melaporkan komplot pembunuhan raja, yang dirancang oleh Bigtan dan Teres, dua orang sida-sida yang menjaga bilik-bilik raja.


Raja Ahasyweros bertitah kepada Permaisuri Ester dan Mordekhai, orang Yahudi itu, “Beta sudah menjatuhkan hukuman gantung kepada Haman kerana komplotnya terhadap orang Yahudi, dan beta sudah memberikan semua hartanya kepada Ester.


Raja memberikan perintah untuk melaksanakan permintaan Ester. Surat perintah dikeluarkan di Susan dan mayat kesemua anak lelaki Haman digantung.


Tetapi Ester menghadap raja, dan raja mengeluarkan titah bertulis, sehingga Haman menanggung akibat komplotnya terhadap orang Yahudi. Dia dan anak-anak lelakinya digantung pada tiang penggantungan.


Biarlah mereka jatuh ke dalam perangkap mereka sendiri, sedangkan aku dapat melepaskan diri dan selamat.


Biarlah mereka ditimpa kebinasaan dengan tidak disangka-sangka, dan dijerat oleh perangkap mereka sendiri lalu jatuh dan binasa.


Mereka dibinasakan dengan serta-merta; sungguh dahsyat kesudahan mereka.


Alangkah gembiranya raja! Baginda memberikan perintah agar Daniel dikeluarkan dari gua itu. Maka Daniel pun ditarik keluar, dan dia didapati tidak cedera sedikit pun, kerana dia percaya kepada Allah.


Oleh itu mereka menghadap raja dan berkata, “Daulat tuanku, Raja Darius!


Daud berlari kepada Goliat dan berdiri di sisi tubuhnya. Dia menghunus pedang Goliat dari sarung lalu memancung kepala Goliat; begitulah Daud membunuh Goliat. Apabila orang Filistin nampak bahawa pahlawan mereka sudah mati, mereka lari.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan