Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:8 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Dengan putus asa Haman merebahkan diri ke atas tempat duduk Ester untuk memohon belas kasihan. Tetapi tepat pada saat itu juga raja kembali dari taman istana. Apabila raja melihat Haman begitu, raja bertitah, “Apa? Orang ini masih juga berani memperkosa permaisuri di sini, di hadapan beta dan di dalam istana beta sendiri!” Sebaik sahaja raja berkata demikian, beberapa orang sida-sida menyelubungi kepala Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

8 Ketika raja kembali dari taman istana ke tempat jamuan air anggur, Haman sedang bersujud di bangku bertilam tempat Ester berada. Kata raja, “Adakah dia juga hendak memaksa dirinya ke atas ratu pula di hadapanku di dalam istana?” Sebaik sahaja terpacul kata-kata itu daripada mulut raja, para panglima raja terus menyelubungkan muka Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Dengan putus asa Haman merebahkan diri ke atas tempat duduk Ester untuk memohon belas kasihan. Tetapi tepat pada saat itu juga raja kembali dari taman istana. Apabila raja melihat Haman begitu, raja bertitah, “Apa? Orang ini masih juga berani memperkosa permaisuri di sini, di hadapan beta dan di dalam istana beta sendiri!” Sebaik sahaja raja berkata demikian, beberapa orang sida-sida menyelubungi kepala Haman.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:8
9 Iomraidhean Croise  

Selepas itu raja mengadakan jamuan bagi semua penduduk ibu kota, baik yang kaya mahupun yang miskin. Jamuan itu diadakan di taman istana raja, dan berlangsung selama satu minggu.


Pekarangan istana dihias dengan tirai daripada kain linen berwarna biru dan putih, yang diikat dengan pita linen ungu yang halus, dan disangkutkan pada gelang-gelang perak yang dipasang pada tiang-tiang marmar. Sofa-sofa daripada emas dan perak di pekarangan istana, diletakkan di atas lantai yang berturap marmar putih, hablur merah, gewang yang berkilap, dan batu firus biru.


Kemudian Mordekhai duduk semula di pintu gerbang istana. Tetapi Haman tergesa-gesa pulang ke rumah sambil menutup mukanya kerana berasa sangat malu.


Demikianlah Haman digantung pada tiang penggantungan yang dibinanya untuk Mordekhai. Selepas itu barulah kemurkaan raja reda.


Allah telah memberikan dunia ini kepada orang durjana, dan menjadikan semua hakim buta. Allah yang melakukan semua ini. Kalau bukan Dia, siapa lagi?


Mungkin engkau seorang pembesar, tetapi TUHAN akan mencekam dan membuang engkau.


Raja-raja akan menjadi seperti bapa kamu, ratu-ratu akan menjadi seperti ibu kamu. Mereka akan sujud menghormati kamu; mereka akan menghormati kamu dengan rendah hati. Maka kamu akan sedar bahawa Akulah TUHAN; orang yang mengharapkan pertolongan-Ku tidak dikecewakan.”


TUHAN berfirman, “Seperti seorang gembala yang hanya mendapat sepasang kaki atau sepotong telinga dombanya yang diterkam oleh singa, demikian juga yang akan berlaku; hanya sedikit orang yang akan terselamat antara penduduk Samaria yang sekarang berbaring di atas tempat tidur yang serba mewah.”


Beberapa orang mula meludahi Yesus. Mereka menutupi mata-Nya dan memukul Dia. “Tekalah,” kata mereka, “siapa yang memukul kamu?” Pengawal-pengawal di situ pun menampar Dia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan