Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Ester 7:4 - Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Versi Borneo

4 Kami ini, hamba abdi dan bangsa hamba abdi yang telah dijual untuk dimusnahkan, dibunuh, dan dihapuskan. Sekiranya kami hanya dijual sebagai hamba abdi lelaki dan perempuan, tentulah hamba akan berdiam diri, kerana masalah sedemikian tidak seharusnya dibawa untuk mengganggu raja.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Ester 7:4
18 Iomraidhean Croise  

Kita semua bangsa Yahudi. Bukankah anak-anak kami pun sama baiknya dengan anak-anak Yahudi yang lain? Tetapi kami terpaksa membiarkan anak-anak kami menjadi hamba. Bahkan ada beberapa orang anak gadis kami yang sudah dijual menjadi hamba. Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana ladang dan kebun anggur kami sudah menjadi milik orang lain.”


Titah itu segera dihantar oleh para utusan ke tiap-tiap wilayah kerajaan. Kandungan titah itu mengatakan bahawa dalam satu hari, iaitu pada hari ketiga belas bulan Adar, semua orang Yahudi, tua dan muda, kaum wanita dan kanak-kanak, mesti dibunuh tanpa kasihan, dan harta mereka dirampas.


Jika tuanku berkenan, hendaklah surat perintah dikeluarkan untuk membinasakan mereka. Jika tuanku menerima cadangan ini, hamba pasti dapat memasukkan lebih daripada 340,000 kilogram perak ke dalam perbendaharaan diraja bagi pentadbiran kerajaan.”


Raja Ahasyweros bertanya kepada Permaisuri Ester, “Siapakah yang berani melakukan perkara itu? Di manakah orang itu?”


Ester menjawab, “Musuh dan penganiaya kami ialah Haman, orang yang jahat ini!” Haman memandang raja dan permaisuri dengan sangat ketakutan.


Surat-surat itu membenarkan orang Yahudi di tiap-tiap kota untuk membela diri. Jika mereka, isteri dan anak mereka diserang di wilayah mana-mana pun oleh orang bersenjata daripada bangsa apa pun, mereka dibenarkan melawan dan membinasakan musuh itu. Mereka dibenarkan membunuh musuh sampai habis serta merampas harta musuh itu.


Bagaimana mungkin hamba sanggup melihat bencana yang berlaku terhadap bangsa hamba, dan melihat sanak saudara hamba dibunuh?”


Tetapi Ester menghadap raja, dan raja mengeluarkan titah bertulis, sehingga Haman menanggung akibat komplotnya terhadap orang Yahudi. Dia dan anak-anak lelakinya digantung pada tiang penggantungan.


Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor.


Kamu telah membawa penduduk Yehuda dan Yerusalem ke tempat yang jauh, serta menjual mereka kepada orang Yunani.


TUHAN berfirman, “Umat Israel sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menjual orang jujur sebagai abdi; orang jujur yang tidak dapat membayar hutang mereka. Demikian juga yang dilakukan mereka terhadap orang miskin yang tidak dapat membayar hutang, walaupun hutang itu hanya seharga sepasang selipar.


Tetapi jika hamba itu berkata dalam hati, ‘Masih lama lagi tuan saya akan kembali.’ Lalu dia mula memukul semua hamba yang lain, baik lelaki mahupun wanita, dan dia makan minum sehingga mabuk.


TUHAN akan mengirim kamu kembali ke Mesir dengan kapal, meskipun Dia sudah berfirman bahawa kamu tidak akan ke sana lagi. Di sana kamu akan cuba menjual diri sebagai hamba kepada musuh, tetapi tidak seorang pun yang mahu membeli kamu.”


Oleh sebab muslihat itu kamu dihukum oleh Allah. Orang kamu akan sentiasa menjadi abdi. Kamu mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk rumah Allahku.”


Tinggallah bersama dengan aku dan janganlah takut. Raja Saul ingin membunuh kamu, tetapi baginda ingin membunuh aku juga. Oleh itu, kamu akan aman di tempatku.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan